RahsiaCyber - Berusaha untuk menyampaikan Tips Dan Panduan yang terbaik buat anda.

Bagi membolehkan anda mendapat update terkini blog ini, saya menyarankan agar anda melanggan update kami terus ke emel anda dengan mengisi borang langganan yang disediakan.


Dengan melanggan update blog ini :-

  • Anda akan menerima email sebaik update dilakukan.
  • Anda tidak akan dihantarkan email promosi.
  • Anda boleh keluar dari melanggan update pada bila-bila masa.

Saturday, July 8, 2017

// // Leave a Comment

Jom melombong bitcoin


Pertama sekali saya nyatakan saya bukan pakar dalam melombong bitcoin. Saya cuma melakukan seperti panduan yang terdapat di youtube dan sumber daripada rakan-rakan yang boleh saya katakan mempunyai pengetahuan luas dalam melombong bitcoin, dan pengalaman saya melombong bitcoin dengan syarikat yang saya nyatakan. Segala yang saya tulis di sini bukan panduan.

Kali pertama menyertai aktiviti melombong bitcoin, rasa seram pun ada sebab takut kehilangan wang yang dilabur. Namun apabila difikir-fikir, dengan modal USD20 tidak akan membuatkan saya terjun dari bangunan tinggi walaupun kehilangan wang tersebut. 

Melombong bitcoin kini antara cara saya menjana pendapatan di internet walaupun pendapatan hasil aktiviti melombong tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya ada sumber pendapatan pasif.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu bitcoin. Jika anda rajin menggoogle, anda akan mendapat jawapan persoalan anda. Secara ringkasnya bitcoin merupakan mata wang digital yang boleh diterima di kebanyakan negara. Saya membayar domain saya di namecheap dengan menggunakan bitcoin.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara mendapatkan bitcoin. Antaranya anda boleh membeli bitcoin di Luno atau mana-mana tempat jual beli bitcoin. Di Luno, anda boleh depositkan wang terus dari bank anda kemudian beli bitcoin yang ditawarkan. Anda juga boleh mendapat bitcoin apabila anda menerima bitcoin hasil aktiviti tertentu. Melombong bitcoin sudah tentu cara yang terbaik untuk mendapatkan bitcoin.

Melombong bitcoin bukan sama seperti melombong emas atau tembaga. Melombong bitcoin memerlukan komputer dan perisian tertentu. Itu yang saya faham di laman web tempat saya melombong bitcoin.

Anda boleh memasang alat melombong di komputer anda atau menyewa daripada sumber lain yang menyediakan perkhidmatan melombong bitcoin.

Kebanyakan pelombong bitcoin yang saya kenal lebih gemar menggunakan perkhidmatan syarikat yang menyediakan perkhidmatan melombong bitcoin dalam talian "cloud mining". Kita hanya perlu sewa sahaja kuasa perlombongan untuk mendapatkan bitcoin. Namun kena hati-hati kerana ada banyak laman web yang bersedia melesapkan bitcoin anda, yakni scam.

Dua laman web yang menyediakan perkhidmatan melombong bitcoin yang boleh dipercayai iaitu Genesis Mining dan Hashing24. Anda boleh melihat prestasi kedua-dua website ini di badbitcoin.org . Di situ anda akan melihat webiste yang scam dan yang bukan scam.

Sekiranya anda berminat untuk melombong bitcoin  di genesis mining, bolehlah membuka akaun melalui link saya di bawah dan memasukkan kod promosi : rC9Nij untuk mendapatkan potongan harga.


atau di Hashing24 Kod Promosi : 

Untuk melombong bitcoin sila layan di youtube cara-cara melombong.

Peringatan : Kalau ragu-ragu, saya nasihatkan jangan join. Simpan wang anda di ASB.
Read More

Monday, June 19, 2017

// // Leave a Comment

Kad debit bitcoin

Kad debit bitcoin merupakan cara yang paling mudah untuk menggunakan bitcoin di serata dunia.

Kad debit bitcoin ialah kad pra-bayar. Ia merupakan cara paling mudah untuk menukar bitcoin ke dalam mata wang seperti US Dollar, British Pounds, atau Euro untuk pembelian dan penggunaan seharian. Seperti kad debit yang lain yang anda peroleh di bank tempatan, ia datang dengan empat maklumat penting iaitu nama pemegang kad, nombor kad, tarikh luput kad, dan kod CVV (untuk verifikasi). Biasanya kad debit bitcoin datang dengan Visa atau Mastercard.

Kad debit bitcoin sangat berguna. Ia memberikan pengguna kebebasan untuk memilih lebih banyak tempat untuk berbelanja menggunakan mata wang bitcoin. Sehingga 2015, hanya 100,000 kedai di seluruh dunia menerima bitcoin sebagai kaedah bayaran. Dengan kad ini, anda boleh berbelanja bitcoin di mana-mana yang menerima Visa atau Mastercard – lebih 50 juta kedai dan ATM di seluruh dunia!

Cara menggunakan kad debit bitcoin

Anda boleh menggunakan kad plastik sama seperti kad bank. Gun untuk membeli belah di kedai atau mengambil wang di mesin ATM seperti biasa. Ia datang dengan cip dan nombor PIN.

Kad maya atau virtual card boleh digunakan dengan menaip informasi seperti nama pemegang kad, nombor kad, tarikh luput kad, dan kod CVV semasa membuat pembelian dalam talian. Kad maya tidak boleh dipakai di luar talian seperti mengambil wang di mesin ATM, kerana ianya tidak mempunyai cip atau nombor PIN.


Jenis-jenis kad debit bitcoin

Kad debit bitcoin ada dua jenis: plastik dan maya (virtual). Servis yang diberikan adalah berbeza mengikut syarikat masing-masing. Contohnya, Wirex adalah satu-satunya (pada masa menulis) kad debit bitcoin yang juga kad dua-arah. Maksudnya, anda boleh beli and jual bitcoin dengan menggunakan kad Wirex, manakala kad debit bitcoin lain cuma membolehkan anda menjual bitcoin.

Cara mendapatkan kad debit bitcoin

Anda boleh mendapatkan kad debit bitcoin dari syarikat-syarikat seperti Wirex. Proses aplikasi mungkin berlainan. Dengan Wirex, anda boleh mendapatkan kad maya dan kad plastik dari komputer atau dari Wirex app.

Ciri-ciri kad Wirex
  • Maya dan plastik — Pengguna boleh mendapat kedua-dua jenis kad pada masa yang sama. Maya adalah kad Visa, manakala plastik adalah kad MasterCard.
  • Khidmat pengguna — Mempunyai sokongan dalam bahasa Malaysia
  • Perbankan mobil  — Gunakan Wirex app untuk senang buat transaksi di mana jua
  • Intergrasi BitGo Instant — Dapatkan penghantaran bitcoin dengan serta-merta tanpa menunggu 30+minit untuk konfirmasi
  • Sekuriti tinggi — Gunakan 2FA (two-factor authentication), multi-sig, dan konfirmasi secara email
  • Bitcoin>Matawang serta-merta  — Tukar bitcoin ke matawang tanpa menunggu lama!
  • Kad dua-arah — Beli dan jual bitcoin dengan kad yang sama.


Sumber : wirexapp.com
Read More

Monday, May 29, 2017

// // Leave a Comment

Fesbuk Ads - Target Audiens Yang Berkualiti

Untuk buat iklan Facebook yang berkesan, pengiklan perlulah mempunyai produk yang bagus, ad copy yang berkesan, dan targeting yang tepat. Tetapi untuk ketahui semua tu, pengiklan perlulah buat split-testing dengan buat iklan seberapa banyak yang diperlukan sehingga dapat jumpa ad copy dan targeting yang berkualiti sebelum mula scale iklan mereka ke level yang seterusnya. Sudah tentu proses split testing ini akan ambil masa yang lama dan kos yang perlu disediakan semakin banyak.

Selepas lakukan split-test barulah mereka akan dapat tahu ad copy mana yang bagus dan targeting mana yang boleh berikan mereka keuntungan. Mereka boleh tengok semua tu daripada data performance yang disediakan oleh Facebook termasuklah jantina, umur, tempat tinggal, device (mobile/desktop), dan lain-lain. Tetapi, ada satu 'rahsia' yang Facebook sembunyikan daripada pelanggan anda iaitu INTEREST!

Fesbuk Sengaja Nak 'Bakar' Duit Pelanggan Anda Dengan Sembunyikan Data INTEREST!

Ya! Interest memainkan peranan penting dalam tentukan targeting iklan Facebook ads pelanggan anda. Ada satu cara mereka boleh menilai Interest mana yang berikan mereka jualan atau conversion iaitu Split-test dengan cara buat Ad Set bagi setiap Interest yang mereka ada. Jika ada 10 Interest, maka 10 adset lah mereka perlu buat dan 'derma' kepada Facebook untuk dapat tahu Interest mana yang berkualiti daripada 10 Interest tersebut.

ZILLATICS SEBAGAI PENYELESAIAN!


Satu aplikasi yang mesra pengguna dibangunkan khas untuk usahawan online yang menggunakan Facebook Ads dapat menilai dengan cepat INTEREST-INTEREST yang berkualiti yang berikan mereka keuntungan tanpa melalui proses Split-testing!

Pengguna akan dapat tau Interest mana yang berikan engagement (komen, share, like) yang tinggi untuk post iklan mereka termasuklah , klik Photo dan juga Video Views yang tertinggi untuk iklan jenis video.

Bagi usahawan online yang menggunakan Website atau e-commerce untuk jual produk, mereka juga akan dapat tau Interest manakah yang dapat conversion ( purchase, add to cart, view content, dll. ) yang paling tinggi.

Harga LIFETIME FEE yang sangat rendah berbanding tool lain yang punyai fungsi lebih kurang sama di luar sana yang caj yuran bulanan yang mahal seperti Adesspreso, TCM dan sebagainya. Tambahan pula pengguna Zillatics akan nikmati Update PERCUMA setiap kali Zillatics di updated selari dengan update Facebook.

Bonus Tambahan Pengguna Zillatics

Dalam pelancaran tempoh 2 minggu ini, pelanggan Zillatics akan ditawarkan dengan pakej Upsell iaitu satu lagi Aplikasi yang cukup power iaitu DIGZILAA yang akan berikan mereka peluang untuk SPY maklumat tentang prospek yang berpotensi melalui analisa Post Iklan pesaing mereka dengan hanya beberapa klik sahaja!

DIGZILLA juga telah dilancarkan pertengahan tahun lepas (2016) di Indonesia dan mendapat sambutan hangat! Pengguna Digzilla sekarang telah pun cecah hampir 1800 pengguna. Kini ia dilancarkan di Malaysia untuk pengguna tempatan.

Antara maklumat yang pengguna DIGZILLA boleh 'korek' adalah demografi prospek seperti Umur, Jantina, Tempat tinggal, Likes, Pekerjaan dan lain-lain. Prospek ini adalah sama ada prospek yang Like atau Share atau Comment di post iklan Facebook pesaing mereka. Ia memudahkan pemasar di facebook target sasaran pemasaran produk.

Pengguna atau pelanggan anda juga boleh gunakan Digzilla sebagai alat untuk dapatkan idea Produk-produk hot yang terbukti terjual di Facebook. Kerja-kerja renyah untuk buat validate produk dapat dikurangkan dan jimatkan masa. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat cari idea Ad Copy ( Gambar & Copywriting ) pesaing untuk perbaiki lagi iklan mereka menjadi lebih baik.

Dapatkan maklumat lanjut Zillatics Malaysia
Read More

Friday, May 12, 2017

// // Leave a Comment

Cara buat duit dengan 8Share

Ini kali saya kongsi cara buat duit dengan 8Share. kalau anda seorang yang aktif di media sosial seperti facebook, 8share ni boleh menjadi sumber pendapatan pasif anda. Hanya kongsikan maklumat yang dikehendaki oleh 8share untuk dikongsikan, anda berpotensi menjana RM10 untuk satu maklumat yang dikongsi. Maklumat yang perlu anda kongsi pula bukan hanya satu tetapi sedikit sebanyak dapat membantu anda menambah pendapatan sampingan.. itupun jika anda seorang yang aktif di media sosial.

Cara join 8share cukup mudah dan percuma pula tu. Bagi yang belum tahu tentang 8share, disini saya kongsikan secara ringkas cara buat duit dengan 8share.

Pertama sekali sudah tentu anda dikehendaki buka akaun 8share secara percuma sahaja. Lengkapkan borang yang dikehendaki. Borang pun simple saja, tak banyak yang diisi.


Setelah anda buka akaun, login ke akaun anda menggunakan email dan password yang anda tetapkan. Klik Specials di bahagian side bar kiri untuk melihat maklumat yang di minta oleh 8share yang anda perlu kongsikan.


Pilih maklumat yang hendak anda kongsikan. Kemudiak klik view this special untuk memulakan perkongsian anda.


Antara info berkaitan dengan benda yang hendak anda kongsikan seperti maklumat komisyen, cadangan ayat untuk dikongsikan di media sosial dan link unik khusus untuk anda.


Klik pada butang Get your unique share link untuk mendapatkan link khusus untuk anda untuk dikongsikan di media sosial seperti di twitter, google plus atau di facebook. Copy link unik anda dan paste di status di facebook anda berserta dengan cadangan ayat kempen.

Sekian dan selamat menjana pendapatan dengan 8share.






Read More

Saturday, April 22, 2017

// // Leave a Comment

Beli Bitcoins daripada eWallet LUNO

Saya tidak tahu sangat tentang Bitcoin tetapi saya begitu tertarik dengan bitcoin apabila terbaca dalam buku ekonomi palajar tingkatan 4. Seperti anda yang berasa bingung dengan tentang bitcoin, pada mulanya saya juga bingung tentang bitcoin padahal ia sangat mudah untuk difahami jika kita cuba untuk memahaminya.

Ada orang beranggapan bitcoin itu emas digital atau emas 2.0.

Bitcoin (BTC) adalah revolusi mata wang digital baru dan rangkaian pembayaran yang mengubah cara orang melihat dan menggunakan wang.

Ia wujud hampir sepenuhnya di internet dan tidak terbentuk pada apa-apa fizikal. Pembayaran adalah ‘peer-to-peer’ (P2P), bermakna mereka hanya melibatkan pihak-pihak yang menjalankan transaksi, tanpa memerlukan apa-apa kuasa pusat tunggal (seperti bank).

Semua urus niaga Bitcoin direkodkan secara kekal pada lejar awam yang boleh dilihat yang dipanggil ‘blockchain’. Salinan blockchain itu wujud di setiap node dalam rangkaian Bitcoin.

Bitcoin boleh digunakan oleh sesiapa sahaja di dunia, pada bila-bila masa, dengan akses kepada komputer atau telefon pintar yang disambung internet. Pengguna boleh menghantar atau menyimpan bitcoin dengan aplikasi perisian yang dikenali sebagai ‘Wallet’, atau menyimpan mereka sepenuhnya di luar talian di atas kertas atau dalam wallet berasaskan perkakasan (lihat bahagian Wallet untuk maklumat lanjut.

Bagaimana mendapatkan Bitcoin?

Beli bitcoins melalui mana-mana aplikasi ewallet. Antara wallet yang paling mesra pengguna di Malaysia ialah Luno kerana ia berhubung dengan bank tempatan. Ini memudahkan anda untuk melakukan penambahan dana dan mengeluarkan dana terus ke bank anda.

Jika akaun anda mempunyai dana, beli bitcoin melalui Luno. Tunggu sehingga nilai bitcoin naik kemudian jual semula. Anda juga boleh menambah bitcoin anda dengan cara melabur. Saya cadangkan melabur di ethtrade.org atau mana-mana pelaburan bitcoin.

Cara buka akaun ewallet di Luno

Pergi ke halaman Luno kemudian klik signup. Lengkapkan borang yang diminta iaitu email dan mencipta password dengan kombinasi huruf besar, kecil dan nombor. Anda boleh mendaftar melalui website Luno atau memuat turun aplikasi luno di play store bagi android dan App store bagi iphone kemudian daftar.

Paling penting jaga baik-baik pin 4 digit yang anda masukkan sebagai keselamatan kerana ia diperlukan setiap kali anda melakukan transaksi. Bukan 4 digit yang dihantar di emel anda ya...

Setelah daftar lakukan verifikasi pengenalan diri bagi memudahkan urusan anda. Kemudian lihat dibahagian promotions, masukkan kode VGTSK supaya anda diberi bonus sebanyak RM5 secara percuma apabila anda membeli bitcoins.


Sekian dan selamat menjana pendapatan dengan Bitcoins.
Read More

Thursday, April 20, 2017

// // Leave a Comment

Software Grafik Suite

Grafik tool untuk marketer menggabungkan 8 software creator yang membolehkan usahawan design sendiri tanpa designer. Template siap sedia untuk di'edit' oleh user.

Bukan semua usahawan online mahupun offline mempunyai bakat untuk design bahan untuk mempromosi produk atau perniagaan seperti membuat banner, banting dan sebagainya. Anda juga mungkin sama seperti saya yang tidak ada bakat sebagai designer. Untuk itu anda boleh mengupah designer yang ada di luar sana untuk membuat design banner atau banting perniagaan. Walau bagaimanapun mengupah designer di luar sana memerlukan kos yang tinggi. Ia sangat tidak praktikal buat yang baru bermula dalam dunia bisnes melainkan ada modal besar.

Terdapat pelbagai sumber di luar sana antaranya photoshop tetapi memerlukan masa yang agak lama untuk belajar. Saya sendiri sudah lama belajar Adobe Photoshop CS2 tetapi saya tidak pernah menghasilkan grafik yang membanggakan saya. Ini adalah kerana saya tidak mempunyai bakat sebagai designer. Saya selalunya menonton panduan di youtube untuk membuat sesuatu dengan photoshop. Itupun ambil masa berjam-jam untuk belajar. Mahu mahir dengan photoshop bukanlah semudah yang disangkakan lebih-lebih lagi jika tidak ada bakat.

Sifu cakap jika terlalu lama buat nanti menyesal. Tengah-tengah buat design pembeli sudah pergi atau sudah disambar mereka yang lebih pakar menghasilkan design yang memukau.

Sebab kita tidak ada bakat atau kemahiran maka kita perlukan tool ini.. Software Grafik namanya. Ianya adalah software yang membolehkan anda buat sendiri design. Founder sudah masukkan ribuan template dalamnya yang kita boleh EDIT.

Software Grafik adalah penyelesaian untuk kita yang tidak pandai design guna photoshop. Saya sudah try guna Software Grafik ni dan terus jatuh hati untuk terus menggunakannya. Tidak perlu fikir pasal design sebab semua sudah tersedia. Klik klik dan sudah siap. Beberapa langkah untuk menggunakan Software Grafik ;

STEP 1: Login ke web software
STEP 2: Pilih nak design apa
STEP 3: Pilih template
STEP 4: Edit dan save!

Saya buat contoh seperti di bawah dan saya buat kurang daripada 4 minit.  Software ini bukan Percuma tetapi bagi saya ia sangat berbaloi untuk di miliki jika serius mempromosi produk berasaskan bahan grafik. Bayar sekali guna berkali-kali selagi mampu guna. Nak cuba dulu boleh. Sudah jatuh cinta masuklah meminang..:p


Read More

Monday, April 17, 2017

// // Leave a Comment

Mari Berentap Menghasilkan Pendapatan Lumayan Seumur Hidup

Ini dia cabaran affiliate dengan kod nama FI$H merupakan satu peluang besar kepada sesiapa sahaja yang mahu mencipta pendapatan pasif secara online. Kalau mahu mencuba nasib, cubalah sendiri, bukan berbayar pun. Daftar secara percuma kemudian bertindak pantas melakukan promosi.

Program affiliate ini agak unik kerana kita akan mendapat komisyen daripada sub-affiliate. Sebagai contoh kita promosi produk Formula Income Seumur Hidup kita akan dapat komisyen jika berjaya melakukan jualan. Jika yang membeli produk menyertai program affiliate dan berjaya menghasilkan jualan, kita akan mendapat komisyen daripada mereka. Ini dapat menggandakan pendapatan kita sebagai agen affiliate.


Baiklah kalau berminat menyertai program affiliate ni, lakukannya melalui www.formulaincomeseumurhidup.com/jv/. Cepat join affiliate sebelum orang lain memintas. Lihat di atas hadiah yang ditawarkan.. menarik bukan?

Read More