Tuesday, September 16, 2014

// // Leave a Comment

Cara menjana pendapatan di facebook

Cara menjana pendapatan di facebook

Sama ada anda sudah tahu atau tidak, facebook merupakan lubuk menjana pendapatan dan cara mudah mengumpul senarai emel.

Melakukan promosi di facebook adalah mudah jika kena keadaannya. Antara keadaan itu anda mestilah mempunyai ramai kawan. Ini adalah kerana rakan-rakan anda di facebook merupakan bakal prospek anda yang akan membeli produk yang anda promosi di facebook. Semakin ramai kawan maka semakin ramailah yang nampak produk yang dipromosikan.

Anda hanya perlu melakukan bebarapa perkara untuk menjadikan facebook sebagai lubuk buat duit anda. Pertama anda sudah tentu mempunyai akaun facebook. Jika belum buka akaun facebook, cepatlah buka sebab ia adalah percuma sahaja. Sudah ada akaun facebook, tetapkan matlamat anda. Yalah, selain bersosial anda mempunyai satu tujuan lain iaitu menjalankan bisnes. Seterusnya anda cari seberapa ramai kawan seperti kawan masa di sekolah atau di kolej. Sudah ada ramai kawan, jangan menyepi sahaja. berikan komen setiap status kawan-kawan atau sekurang-kurangnya like status kawan-kawan di facebook. Ini namanya membina hubungan yang rapat sebelum anda melakukan promosi produk anda. Takan tiba-tiba sahaja buat promosi. Buat orang tersentak saja.

Langkah seterusnya ialah melakukan promosi produk yang hendak dijual. Jangan suruh orang beli sebab nanti sebab mentaliti orang ni kalau nampak orang mendesak membeli produknya akan memandang negatif terhadap si penjual. Cuba gunakan teknik lemah lembut untuk mempromosi barang yang anda hendak jual. Sebagai contoh bagitaulah barang yang anda order dari China baru sampai. Pasti orang akan tanya apa barang yang anda order... dan mulahlah bersoal-jawab. Akhirnya kawan-kawan pun akan order dengan anda pula.

Jika anda promosi link affiliate pun lebih kurang sama juga dengan mempromosi produk fizikal. Katakan anda menjual skrip untuk facebook. Beritahu dalam status yang anda baru sahaja membeli skrip tersebut, sudah mencubanya dangan sangat berpuas hati dengan skrip tersebut. Kemudian letakkan link affiliate produk yang dimaksudkan yang mempunyai link affiliate anda. Nah, kalau produk bagus, siapa yang tidak akan membeli. jadi kawan-kawan anda juga akan turut membeli produk yang anda perkenalkan melalui link affiliate ada. Wahh..anda sudah dapat komisyen hasil pembelian melalui link affiliate yang anda promosikan.

Sebenarnya tips yang saya kongsikan ini merupakan cara yang boleh tahan untuk menjana pendapatan melalui facebook. Ini melalui pengalaman saya mempromosi link affiliate sahaja sebab saya tidak mempunyai produk sendiri.

Cerita sikit pengalaman saya..

Suatu hari saya upload video saya main ukulele. Kawan-kawan like dan tanya sejak bila saya main ukulele. Saya cerita dan cerita kemudian di status seterusnya saya bagi link tempat saya belajar ukulele. Saya tidak suruh mereka membeli, saya bagi tahu panduan ini sangat bagus. Dan akhirnya saya mendapat beberapa komisyen. Ini namanya pemasaran affiliate di facebook cara lemah-lembut.

Terima kasih kerana membaca catatan ringkas ini.


0 comments:

Post a Comment