Monday, September 29, 2014

// // Leave a Comment

Cara tambah traffik ke blog

Salam sejahtera buat pengunjung blog ini. Semoga anda dalam keadaan sihat ceria. Post saya kali ini adalah satu perkongsian cara menambah traffik ke blog kita. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Saya bercerita berdasarkan pengalaman saya menggunakan cara menambah traffik ke blog atau kehalaman affiliate kita.

Cara yang saya maksudkan ialah menambah traffik dengan menggunakan teknik TrafficExchange iaitu melalui laman Easyhits4u. Keahlian laman web ini adalah percuma tetapi anda mempunyai opsyen untuk upgrade jika mahu. Saya sarankan biarlah sebagai ahli percuma sahaja sebab anda boleh membeli kredit untuk tujuan promosi link blog anda jika malas mengumpul kredits melalui kunjungan anda ke blog ahli EasyHits4u.

EasyHits4u dibangunkan pada 2003 dan kini sudah berdiri teguh dengan bilangan ahli diserata dunia. Statistik surfing harian sebanyak 2,297,781 sehari memberi peluang setiap ahli mengunjungi blog atau link affiliate yang anda promosi. Jika kandungan dalam blog anda menarik atau produk yang anda promosikan itu menarik perhatian pengunjung melalui pertukaran traffik, kebarangkalian anda mendapat keuntungan sangat tinggi. Mungkin anda tertanya-tanya jika blog atau webjualan berbahasa melayu mendapat tempat. Jawapan saya sudah tentu ya sebab anda boleh tetapkan negara mana yang boleh mengunjungi blog anda. Ini juga dapat menyelamatkan kredit anda daripada hilang begitu sahaja jika negara orang Mat Salleh yang berkunjung ke blog berbahasa melayu anda.

Seperti yang saya saya katakan di perenggan kedua, anda boleh mengumpul kredit untuk tujuan mendapat traffik keblog anda melalui aktiviti surfing. Setiap surfing anda akan diberi 1 kredit. Ini sudah tentu mengambil masa untuk mengumpul kredit anda. Kredit yang terkumpul anda boleh gunakan untuk mempromosi blog anda. Setiap 1 kredit yang anda kumpul bermakna blog anda akan tampil sekali sahaja. Semakin banyak kredit yang anda kumpul maka semakin banyak kali blog anda dikunjungi oleh ahli EasyHits4U. Jika anda mahu blog atau webjualan anda sentiasa dikunjungi oleh ahli, anda boleh membeli kredit seperti yang biasa saya lakukan. Untuk $5.95 anda akan mendapat 1000 kredits bermakna blog anda akan dikunjungi sebanyak 1000 kali.

EasyHits4U juga memberikan anda komisyen jika anda seorang yang aktif melakukan surfing tetapi ia agak membosankan kerana untuk 1000 kali surfing anda akan mendapat $0.30 sahaja. Bayaran komisyen akan dilakukan melalui paypal dengan bayaran serendah $3.00.

Apapun jika target anda mahu mendapatkan traffik sahaja, lebih baik beli saja kredit. Lihat statistik klik ke blog yang anda promosi sama ada berbaloi atau tidak tapi perlu ingat, kunjungan ke blog anda tidak semestinya akan mendapatkan pulangan. Seperti yang saya katakan tadi, ia bergantung kepada tarikan kandungan blog anda.

Anda boleh mendaftar di EasyHits4U secara percuma dan mulakan aktiviti promosi anda. terima kasih kerana membaca. Mintak maaf segala kekurangan.


0 comments:

Post a Comment