Friday, October 17, 2014

// // Leave a Comment

Mari buat duit dengan google adsense

Awak fasih berbahasa Inggeris, kalau anda minat menjana pendapatan di internet, saya percaya awak mampu menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan. Sedangkan saya yang merangkak menulis dalam bahasa inggeris mampu menjana pendapatan di internet. Itulah yang saya selalu katakan kepada sahabat saya yang memang saya akui lurus berbahasa dan menulis dalam bahasa inggeris.

Google adsense memerlukan blog yang berbahasa inggeris. Jika tak, permohonan anda untuk menyertai PPC google adsense tidak berjaya. Walaupun anda tidak tahu menulis bahasa inggeris dengan baik tetapi masih ada cara membangunkan blog yang menggunakan bahasa inggeris seolah-olah anda seorang yang fasih dalam bahasa inggeris tapi tahu menulis bahasa inggeris merupakan satu kelebihan. Salah satu caranya ialah membeli PLR artikel yang berbahasa inggeris. Dengan artikel tersebut, anda sudah boleh membangunkan blog anda mengikut niche yang anda suka. Kalau mahu menjana pendapatan yang lebih banyak dengan google adsense, bina blog yang boleh menghasilkan USD0.50 setiap klik.

Ramai yang berpendapat adsense sudah tidak relevan untuk dijadikan sumber pendapatan pasif di internet. Bagi saya pula adsense merupakan sumber pendapatan yang masih relevan selagi kita menulis dan selagi blog kita wujud. Setiap hari usahawan silih berganti mengiklankan produk mereka di google adwords yang kemudian iklan mereka akan keluar di google adsense.

Mungkin masih ada yang tak tahu apa itu google adsense dan bagaimana cara buat duit dengan google adsense. Sebenarnya terdapat banyak panduan di internet yang mengajar cara-cara membuka akaun adsense dan cara menjana pendapatan dengan adsense. Anda hanya kena rajin untuk mencari, membaca dan mengaplikasi setiap panduan yang diberikan. Antara panduan buat adsense yang paling popular ialah Jana Wang Adsense Versi 2.0.

Secara ringkasnya google adsense merupakan satu program PPC oleh pihak Google. Iklan akan tampil di blog anda dan jika sekiranya seseorang mengklik iklan tersebut, anda akan mendapat bayaran mengikut kadar tertentu tetapi jika anda klik sendiri iklan adsense anda, akaun anda akan di tutup selama-lamanya. Maka tamatlah riawayat sumber pendapatan anda dengan google adsense.

Jadi tunggu apa lagi? Bukalah akaun adsense hari ini juga dan mula menjana pendapatan pasif dengan adsense. Anda pasti akan teruja dengan cek pertama anda.

Terima kasih

0 comments:

Post a Comment