Thursday, October 30, 2014

// // Leave a Comment

Mari buat duit dengan PTC

Setelah hampir 6 tahun menceburkan diri dalam buat duit di internet, akhirnya hati saya terbuka menyertai program PTC sebagai salah satu cabang buat duit di internet. Sebelum ini saya sudah tahu tentang PTC tetapi saya abaikan sahaja kerana aktiviti PTC ini memerlukan disiplin yang tinggi barulah boleh buat duit. Kalau tak ada disiplin, tak perlulah menyertai program PTC sebagai alternatif buat duit di internet.

Apa itu PTC? Sudah banyak blog yang membincangkan pasal PTC ni. Mungkin ini kali pertama anda tahu tentang PTC  jadi saya jelaskan disini pasal PTC. PTC merupakan singkatan bagi Pay To Click. Ini bermakna anda akan dibayar apabila mengklik iklan yang disediakan. Walau bagaimanapun anda tidak bolah meninggalkan iklan yang anda klik sehinggalah waktu yang ditetapkan tamat. Lebih banyak iklan yang anda klik maka lebih banyak anda menjana pendapatan.

Persoalannya sanggupkah anda menunggu setiap iklan yang anda klik itu? seperti yang saya tulis awal tadi, kalau tak ada disiplin jangan buang masa menyertai PTC. Sebaliknya carilah pelung lain yang memberikan pulangan yang lebih bagus seperti mengiklankan produk di clickbank.

Bagi yang nak juga menyertai PTC, terdapat banyak program PTC, pilihlah program PTC yang sesuai di hati sendiri. Saya memilih Clixsense sebab laman ini tidak menghantar email promosi kepada kita yang menyebabkan inbox email penuh. Clixsense memberikan 1 sen setiap klik. kalau klik 10 iklan bermakna kita dapat 10 sen. Untuk melengkapkan survey, komisyen yang diberikan agak lumayan iaitu 50 sen ke atas. Tidaklah lumayan sangat tetapi lebih berbaloi daripada melayari facebook untuk mengumpat.

Akhir sekali kepada rakan-rakan yang sudah menyertai PTC, mulakan hari anda dengan penuh kesabaran. Dengan kesabaran pastinya akan membuahkan hasil yang lumayan.

Klik untuk besarkan image


0 comments:

Post a Comment