Tuesday, October 14, 2014

// // Leave a Comment

Pendapatan pasif melalui program affiliate

Blogger di Malaysia tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kebanyakan blogger di Malaysia serampang dua mata. Selain menyalurkan maklumat, blogger juga menjana pendapatan pasif. Antara sumber pendapatan ialah melalui pengiklanan dan komisyen daripada program affiliate. Kali ini saya cerita sikit pasal affiliate yang sudah banyak diperkatakan oleh blogger-blogger Malaysia.

Program affiliate tidak asing bagi blogger Malaysia namun masih ramai yang tidak tahu apa sebenarnya program affiliate. Menurut smartusaha.com, Program affiliate bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita.

Banyak program affiliate yang boleh disertai di Malaysia. Program affiliate ini boleh disertai dengan percuma. Ahli hanya buka akaun dan mulakan mempromosi link affiliate. Jualan yang berjaya dilakukan melalui link affiliate akan mendapat komisyen tertentu yang biasanya dari 30% hingga 60%.

Antara program affiliate yang popular di Malaysia dalam kategori perkhidmatan ialah program affiliate yang ditawarkan oleh penyedia hosting. Komisyen yang diterima bergantung kepada penyedia hosting. Anda boleh mengetahui komisyen yang ditawarkan semasa anda membuka akaun affiliate.

Ashadee.com merupakan laman web yang menawarkan program affiliate yang popular dalam ketegori produk informasi. Kebanyakan produk yang ditawarkan di Ashadee.com merupakan produk digital. Komisyen yang diterima akan dibayar setiap bulan apabila mencapai had yang ditetapkan. Klikjer.com juga merupakan penyedia program affiliate yang setanding dengan ashadee.com. Terdapat banyak produk yang ditawarkan untuk dipromosi dengan tawaran komisyen yang sangat menarik.

Memilih program affiliate kena tepat kerana jika penganjur program affiliate seorang yang tidak jujur, anda tidak akan dibayar komisyen affiliate walaupun anda berjaya mendapat jualan melalui link affiliate anda. Ini buka tuduhan melulu kerana saya sendiri sudah beberapa kali tidak mendapat bayaran komisyen sehinggalah laman jualan penganjur berkubur. Ashadee.com dan klikjer.com merupakan dua laman web yang menawarkan program affiliate yang terbaik. Laman web ini umpama clickbank atau JVZoo.com. Mereka diurus dengan baik dan membayar komisyen mengikut jadual yang ditetapkan. Anda tidak perlu risau tidak mendapat bayaran kerana saya sudah berkali-kali mendapat bayaran daripada dua penganjur program affiliate ini.

Lazada pula merupakan program affiliate yang berkonsepkan pusat membeli belah online. Produk yang ditawarkan merupakan produk fizikal. Komisyen ditawarkan pula agak kecil iaitu dalam 4%  tetapi berbaloi untuk anda menyertai program affiliate yang ditawarkan memandangkan gaya hidup orang Malaysia kini yang suka membeli belah secara online.

Pemasaran affiliate yang berkesan akan memberikan pendapatan pasif kepada anda. Banyak cara memasarkan link affiliate yang boleh diterokai. Bagi mendapatkan panduan yang lebih advance, anda perlu mengeluarkan sedikit wang untuk membayar ilmu yang dimiliki oleh mereka yang pakar dalam bidang pemasaran affilite.

Sekian.


0 comments:

Post a Comment