Monday, November 3, 2014

// // Leave a Comment

GST: Harga kad kahwin akan naik

HARGA kad kahwin dan semua perkhidmatan percetakan seperti bunting, kotak, penunjuk arah dan sampul bercetak dijangka naik selepas GST dilaksanakan.

Usahawan Kad Kahwin Grafika, Izzat Rahim berkata kenaikan kad kahwin tidak dapat dielakkan kerana pengeluar kad kahwin menampung kos yang tinggi percetakan kerana kilang percetakan  akan menaikkan harga selepas GST.

Kenaikan harga kad kahwin bermakna kos melangsungkan perkahwinan pun akan bertambah. Ini baru bab kad kahwin, belum masuk kos-kos lain seperti kos pakaian, makanan, dewan dan sebagainya. Nampaknya ini berita kurang enak buat bujangan terutamanya yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

Penggunaan whatsapp atau MMS mungkin praktikal pada masa akan datang. Buat satu contoh kad kahwin, gambar dan hantar kepada kenalan-kenalan yang dijemput ke majlis perkahwinan. Bikin kad kahwin cantik-cantik pun ke tong sampah juga akhirnya. Saya pernah menerima kad jemputan melalui facebook kerana kawan tak ada masa berjumpa dengan saya. Saya tak rasa sakit hatipun atau berasa pelik dengan situasi begitu.

Dalam sudut yang berbeza, bagi yang mempunyai kemahiran design kad, ia merupakan peluang cerah untuk menjana pendapatan dengan memberikan perkhidmatan membuat kad kahwin. Walaupun perlaksanaan GST tetapi itu bukan bermakna ia akan menutup peluang bisnes. Bisnes memang mempunyai risiko tetapi bisnes juga merupakan cabang sumber rezeki yang paling besar berbanding dengan makan gaji.

Walaupun whatsapp berkembang dengan pesatnya tetapi saya percaya bakal penganting tidak sesekali menggunakannya sebagai alternatif untuk menjemput jemputan ke majlis perkahwinan.

0 comments:

Post a Comment