Saturday, November 29, 2014

// // Leave a Comment

Minisite percuma

Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite? Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.

Namun demikian, tahukah anda laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet anda adalah laman web yang berkonsepkan minisite? Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet seperti ebook,produk resale rights dan sebagainya.

Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite.

Mengapa saya katakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja. Jika lain – lain jenis laman web,sebagai contoh shopping cart, anda akan menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.

Sebaliknya, penggunaan minisite pula adalah bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja. Anda perlu memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.

Kekuatan Minisite Dalam Perniagaan Internet.

Minisite adalah laman web yang mengandungi 1 halaman utama sahaja. Ia tidak memerlukan sejumlah halaman kerana dengan 1 halaman utama inilah yang bakal menentukan sama ada anda berkemampuan untuk menjana keuntungan ataupun tidak.

 Mengapa 1 halaman utama sahaja? Ini disebabkan kita sebagai pemilik laman minisite mahukan pelawat memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap perkara yang ingin kita sampaikan. Kita tidak mahu mereka terganggu dengan lain – lain perkara selain daripada apa yang ingin kita sampaikan.

Inilah kekuatan yang ada pada minisite dalam aktiviti pemasaran yang dijalankan. Anda tidak perlu pening kepala untuk membina sejumlah halaman kerana cukup 1 halaman sahaja ia bakal memberikan pulangan yang lumayan kepada anda.

Dipetik dari www.ceo-cyber.com

Baiklah, berikut merupakan halaman yang menawarkan minisite percuma yang boleh digunakan secara komersial untuk perniagaan internet anda. Semoga anda berpuas hati dengan tawaran percuma ini.

1.PLR Minisite - Diberikan percuma oleh www.ceo-cyber.com. Anda hanya mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan. Sebaik anda selesai mengisi borang anda akan dibawa kehalaman download. Terdapat 5 minisite template berserta bonus. Anda boleh melihat contoh minisite yang ditawarkan oleh www.ceo-cyber.com

2. 5 Minisite - Diberikan percuma oleh kitblogmas.com. Boleh digunakan secara komersial bagi tujuan mempromosi produk. 5 Minisite ini disertakan bersama faid psd dan butang buy now yang sepadan dengan minisite jualan. Anda boleh melihat kelima-lima demo yang disediakan oleh kitblogmas.com

3. Blogspot To Minisite - Ministe Template ini hanya sesuai digunakan untuk blogspot sahaja. Ia direka khas untuk mereka yang menggunakan blogspot sebagai platform memasarkan produk. Antara kelebihan blogspot ini ialah anda tidak perlu membeli hosting kerana ia adalah percuma. Anda hanya perlu membeli domain jika perlu. Design Minisite Template setanding dengan minisite html. Anda boleh melihat demo yang disediakan.

4. Minisitelah - Ia merupakan minisite yang menggunakan platform wordpress sahaja. Wordpress semakin popular kini kerana ia mudah dikendali untuk tujuan mengedit kandungan dalam minisite jualan. Jika anda menggunakan blog wordpress berbayar, anda wajib menggunakannya untuk tujuan memasarkan produk anda atau sebagai landingpage untuk mempromosikan affiliate anda.

Di atas adalah antara ministe percuma daripada pelbagai platform. Anda boleh memilihnya mengikut kesesuaian anda. Jika anda menggunakan blogspot, anda dapatkan Blogspot To Minisite. Apapun, saya mohon maaf jika sekiranya tawaran percuma itu sudah habis kerana ia bukan hak saya mengekalkannya kerana ia bukan milik saya.

Sekian, semoga info ini menggembirakan anda.



0 comments:

Post a Comment