Monday, November 3, 2014

// // Leave a Comment

Produk plr bahasa inggeris percuma

 

Hari ini saya mahu berkongsikan dengan pengunjung blog ini berkaitan dengan produk plr yang anda tidak jumpai di mana-mana. Saya tidak menawarkan produk plr tetapi saya akan memberikan anda maklumat atau info dimana anda mendapatkan produk plr secara percuma dan berbayar. Produk plr yang saya kongsikan kepada anda semua terdiri daripada ebook, video, skrip, perisian dan banyak lagi. Terdapat lebih 80K himpunan produk plr yang sedia untuk di download secara percuma dan berbayar.

Apa itu plr? Apa faedah mendapatkan produk plr dalam mengembangkan bisnes internet anda? Untuk menjawab persoalan pertama, anda kena cari di google apa itu produk plr. Bagi persoalan kedua, cukup setakat saya katakan saya menjana pendapatan dengan produk plr, mrr, dan rr. Hal ini saya lakukan dengan menjual semula produk di tradbit dengan harga yang mampu dibeli oleh pelanggan.

Antara lain kebelihan produk plr ada di terangkan di website saudara Julius Salok Kassy di www.kuasaplr.com :

 # Produk Informasi dan Digital – ramai pengguna internet melayari internet untuk mencari informasi dan permintaan terhadap produk informasi adalah tinggi. Lagi satu, produk PLR biasanya dalam bentuk digital maka kos penghantarannya adalah RM0.00, tak perlu nak bayar caj penghantaran kurier ataupun pos.

# Memenuhi kehendak pasaran – Kebanyakan produk PLR yang dihasilkan adalah terdiri dari pelbagai niche seperti perniagaan, kesihatan, motivasi diri, kekeluargaan, hobi dan sebagainya. Ia tidak terikat dengan satu niche sahaja. Maka, pelbagai golongan boleh menjadi pelanggan produk ini. Lagi satu, kebanyakannya disertakan sekali dengan web jualan dan ecover untuk memudahkan pembeli. Maka, isu ketidakpuasan hati dikalangan pembeli adalah hampir tiada!

# Tukar format – Jika anda seorang yang kreatif, anda boleh sahaja menjadikan produk PLR anda dalam pelbagai format seperti format fizikal (buku, CD, majalah, buletin), produk audio (MP3) ataupun dalam format video. Dengan kepelbagaian format ini sebenarnya memberikan lebih pilihan kepada pelanggan diluar sana untuk memilih format produk yang sesuai dengan mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak memiliki talian internet tentu lebih senang dengan format audio dimana beliau boleh mendengar audio tersebut disepanjang perjalanannya ke kampus.

# Boleh diubahsuai – jadikan ianya seolah – olah produk anda sendiri, produk terbaru! Ubahsuai produk PLR tersebut sehingga ianya memandangkan identiti anda. Terjemahkan ke Bahasa Malaysia untuk menakluki pasaran tempatan atau biarkan ianya didalam Bahasa Inggeris untuk membina perniagaan diperingkat antarabangsa.

# Membina kredibiliti – Dalam perniagaan internet, kredibiliti sangat penting untuk mendapatkan keyakinan serta kepercayaan daripada para pelanggan. Produk PLR boleh membantu anda untuk membina kredibiliti yang baik. Produk PLR boleh diubahsuai, dan nama anda diletakkan sebagai penulisnya. Kemudian anda sebarkan produk ini dan ia akan menampakkan anda seorang yang pakar. Bayangkan beribu – ribu orang diluar sana sedang membaca sesuatu yang anda tulis (walaupun bukan anda menciptanya) tentunya ‘kepakaran’ anda disebarkan dengan cepat! Bina kredibiliti anda dengan produk PLR.

# Source file disediakan – source fail yang dimaksudkan ialah seperti grafik ecover, template website dan banner promosi turut disediakan. Lebih menarik, khususnya bagi grafik, fail yang disediakan adalah dalam format PSD iaitu format yang memudahkan anda mengubahsuai grafik dengan perisian Photoshop. Begitu juga ebook, yang disediakan dalam format .doc iaitu boleh diubahsuai dengan perisian MS Words sahaja. Semua sudah disediakan, anda hanya perlu ubahsuai untuk jadikannya unik seolah – olah ianya ‘fresh’ ciptaan anda!

Dengan produk PLR, anda sudah tidak perlu lagi melakukan kajian, memilih topik dan melakukan penulisan kerana semuanya telah dilakukan untuk anda termasuk penyediaan grafik. Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah ubahsuai produk PLR tersebut sehingga ia nampak unik dan seolah – olah ciptaan anda sepenuhnya.

Dapatkah anda lihat bahawa anda sudah dapat menjimatkan banyak masa, tenaga dan wang? Paling menarik, ianya dapat dilakukan dalam masa 24 jam sahaja...ya, dalam 24 jam anda sudahpun memiliki produk digital yang tertera nama anda sebagai penulisnya!

Baiklah tanpa membuang masa sila ke website yang saya maksudkan untuk mendapatkan produk plr bahasa inggeris percuma dan berbayar. Anda hanya perlu buka akaun percuma dan download produk yang anda suka dan berpontesi boleh dijual di tradbit.com

0 comments:

Post a Comment