Friday, November 28, 2014

// // Leave a Comment

Teknik pemasaran video oleh Zyan

Salam hormat kepada bakal usahawan internet. Semoga anda ceria selalu dan tidak berputus asa mencari jalan penyelesaian sehingga berjaya menjana pendapatan pasif di internet. Seperti anda, saya juga sentiasa belajar dan belajar cara menjana pendapatan di internet. Pendapatan utama sudah tentu menjana pendapatan melalui program affiliate daripada clickbank, JVzoo, Amazon, CJ, Ashadee, dan Klikjer. Platform mempromosi link affiliate ialah menerusi blogging dan pemasaran video. Namun untuk berjaya menjana komisyen, tidak saya lakukan secara bersendirian tanpa panduan daripada mereka yang lebih pakar. Belajar dengan mereka bukan pula percuma maka anda kena mengeluarkan modal untuk mendapatkan ilmu daripada mereka.

Saya masih ingat sebelum saya belajar daripada pakar, promosi saya hanya tertumpu kepada blogging sahaja. Masalahnya blog saya pun tidaklah mendapat traffik yang tinggi menyebabkan saya tidak menjana komisyen yang diharapkan. Ini terutama sekali menjana pendapatan dengan clickbank dan JVZoo. Sehinggalah saya menemui teknik pemasaran video oleh Zyan @ Azian Usman

Sebaik mendapatkan teknik pemasaran video, saya mula mengaplikasikan apa yang diajar oleh beliau. Ini Ia bermula dengan proses pembikinan video. Beliau menerangkan cara membuat video menggunakan perisian percuma kemudian tempat untuk mendapatkan muzik latar video percuma. Memang semua berjalan dengan lancar dengan adanya panduan ini.

Video sudah siap, dalam teknik pemasaran video beliau mengajar pula tentang kajian kata kunci atau keywords research. Bab ini merupakan benda baru yang saya pelajari dan berasa sangat bertuah sekali mendapatkan teknik pemasaran video ini. Sebelum ini saya hanya mendapat maklumat daripada blog tetapi penjelasan tidak terperinci seperti yang dijelaskan oleh saudara Zyan dalam Teknik Pemasaran Video. Perkara ini penting diketahui untuk bagi mengelakkan persaingan mendapatkan kedudukan dalam rangking google.

Bab seterusnya ialah proses mengupload video yang dibuat ke youtube. Kalau bab upload video ke youtube rasanya semua orang tahu tetapi bukan semua tahu perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan semasa proses upload video ke youtube. Itu saya percaya sebab saya sendiripun tidak terfikir akan perkara tersebut. Seterusnya bagaimana meletakkan keywords agar video yang diupload itu akan mendapat tempat atau traffik dalam masa yang singkat.

Banyak lagi pembelajaran baru yang saya perolehi daripada Teknik Pemasaran Video oleh Zyan @ Azian Usman yang tidak dapat saya nyatakan kesemuanya di sini.

Mungkin anda ingin tahu sejauh mana teknik ini memberi faedah kepada saya? Jawapan saya, jika saya tidak berpuas hati dengan teknik yang diajarkan, saya sudah lama minta refund dengan beliau tetapi saya tidak terfikir tentang itu sebab ia sememangnya sangat bermanfaat kepada saya.

Melalui teknik pemasaran video oleh saudara Zyan, saya berjaya menarik traffik ke blog saya. Walaupun tidak sebarapa tetapi sekurang-kurangnya jauh lebih baik daripada sebelumnya. Saya bandingkan clickbank saya sebelum mengaplikasi teknik ini, klik link affiliate boleh dikatakan langsung tak kelihatan tetapi lepas mengaplikasikan teknik ini, analytics menunjukkan bilangan klik yang begitu banyak iaitu sehingga 200 dalam seminggu tapi secara jujurnya saya katakan saya belum berjaya menerima komisyen. Kebanyakan klik sampai di bahagian order sahaja kemudian dibatalkan. Mungkin saya tersalah memilih produk. Itu tidak apa sebab sekurang-kurangnya saya berjaya menarik traffik.

Cerita di amazon pula berbeza. Melalui teknik ini saya berjaya melakukan jualan setelah sekian lama tidak menerima jualan semenjak autoblog amazon pernah kena hacked. Walaupun komisyen di amazon kecil berbanding dengan di clickbank tetapi berbaloi apabila berjaya melakukan jualan yang banyak. Ini bererti blog autoblog amazon saya yang mati sebelum ini bernyawa kembali. Terima kasih Teknik Pemasaran Video, terima kasih Zyan.



0 comments:

Post a Comment