Sunday, December 7, 2014

// // Leave a Comment

Panduan OpenCart Bahasa Malaysia

Panduan | Video Panduan Shopping Cart Bagasa Malaysia

Ramai pihak telah mengakui bahawa internet adalah merupakan salah satu bentuk medium pemasaran yang terbaik dan termudah untuk memasarkan serta mengembangkan perniagaan yang dijalankan. Rata - rata daripada mereka ini adalah terdiri daripada golongan - golangan peniaga kecil - kecilan sehinggalah kepada perniagaan yang bertahap korporat.

Dunia internet kini boleh dikatakan telah menjadi salah satu keperluan seharian dalam kehidupan masyarakat moden masa kini. Kehidupan masyarakat kini banyak bergantung kepada dunia internet untuk berurusan dalam pelbagai macam hal termasuklah urusan jual beli secara online.

Anda sudah tentu tahu dengan nama Ebay, Lelong.com.my, pernahkah melayari laman web Mudah.my, amazon.com dan banyak lagi. Lihat sahaja berapa banyak produk yang dipasarkan pada web - web tersebut. Jutaan Ringgit telah dibelanjakan oleh pengguna menerusi laman web ini dan hal ini membuktikan bahawa aktiviti jual beli di internet telah menjadi semakin popular dikalangan pengguna - pengguna internet di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Percaya atau tidak, pengguna kini lebih berkecenderungan untuk membeli belah di internet kerana mereka dapat berjimat lebih banyak dan tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi ke kedai atau ke kompleks membeli belah kerana aktiviti ini lebih banyak membuang masa, tenaga dan wang mereka.

Apatah lagi dengan kenaikan harga petrol yang sentiasa meningkat, perkara ini telah menyebabkan pengguna lebih berjimat cermat untuk tidak keluar 'merayau' mencari produk yang ingin dibeli seperti sebelum - sebelum ini. Pendek kata, pengguna kini lebih selesa untuk berada dirumah dan menjalankan urus niaga mereka secara online sahaja.

Sebagai peniaga, hal ini adalah merupakan satu peluang keemasan untuk kita mempromosikan produk - produk yang kita miliki terhadap golongan - golongan moden ini.

Walau bagaimanapun, untuk memiliki sebuah laman web yang berkonsepkan sistem membeli belah ini bukanlah sesuatu yang murah harganya... Anda sekurang - kurangnya memerlukan modal sekitar RM1000.00 untuk memiliki sebuah laman web shopping cart bagi memasarkan produk.

 


Sesetengah usahawan yang sudah sukses dengan perniagaan mereka, memang tiada masalah untuk menyediakan modal sebanyak itu ataupun lebih... Tetapi bagaimana pula jika usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan mereka? Modal sebesar itu mungkin agak berat untuk dikeluarkan apatah lagi hala tuju perniagaan masih belum diketahui dengan jelas.

Namun masalah yang dihadapi oleh usahawan mudah dapat di atasi dengan adanya video panduan memasang kedai online atau shopping cart dalam Bahasa Melayu.

Jika anda seorang usahawan internet yang memasarkan produk sendiri dan mempunyai hasrat untuk mempelajari kaedah pembinaan laman web shopping cart dengan tangan anda sendiri serta mahukan cara yang paling mudah serta sistem yang mesra pengguna, maka inilah peluangnya untuk anda mendapatkan tutorial eksklusif pembinaan laman web shopping cart dengan harga yang cukup rendah di pasaran.



0 comments:

Post a Comment