Saturday, January 31, 2015

// // Leave a Comment

Buat duit dengan program affiliate lazada Malaysia

Salam hormat dan terima kasih atas kunjungan anda ke blog kitblogmas yang tak seberapa ini. Semoga kunjungan anda ke blog ini dapat memberikan sedikit informasi buat anda khususnya yang berkaitan dengan peluang menjana pendapatan di internet.

Kali ini kita berbicara tentang buat duit di internet melalui program affiliate di Lazada Malaysia dan rangkaian perniagaan maya Lazada. Seperti yang anda sedia maklum, lazada merupakan pusat membeli belah atas talian yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Apa tidaknya, setiap kali perayaan, lazada akan mengadakan jualan murah.

Seperkara yang kurang dikatahui oleh rakyat Malaysia ialah Lazada sebenarnya memberikan kita peluang menjana pendapatan pasif melalui program affiliate yang di sediakan oleh pihak Lazada. Terdapat lebih 30K jenis produk yang dijual di Lazada sedia untuk dipromosikan oleh peserta program affiliate Lazada.

Komisyen yang ditawarkan oleh lazada pula adalah 4% daripada harga produk yang berjaya terjual melalui link affiliate. Ia tidak berapa lumayan jika dibandingkan dengan komisyen produk digital tetapi jika dilihat daripada trend rakyat Malaysia kini yang lebih suka membeli belah secara online, potensi menjana pendapatan melalui program affiliate Lazada adalah sangat tinggi. Itupun bergantung kepada populariti blog dimana produk atau iklan Lazada diiklankan. Jika blog itu popular maka kebarangkalian menjana pendapatan yang lebih baik adalah tinggi.

Untuk menyertai program affiliate Lazada mudah sahaja. Penyertaan program affiliate Lazada juga percuma. Sebelum anda mengisi borang online untuk menyertai program affiliate di Lazada, anda sekurang-kurangnya sudah mempunyai blog kerana pihak Lazada ingin tahu bagaimana dan dimana anda mempromosikan produk Lazada. Kalau tidak ada tempat melakukan promosi produk mereka, dikhwatiri permohonan untuk menyertai program affiliate Lazada tidak di luluskan.

Sekiranya anda belum menyertai program affiliate Lazada, jangan lepaskan peluang untuk menyertainya di www.lazada.com.my/affiliate/signup. Tunggu beberapa hari permohonan anda diluluskan.Sebaik permohonan anda diluluskan, buat review produk yang anda pernah beli di Lazada berserta dengan link affiliate anda. Anda juga boleh meletakkan iklan banner di blog anda. Bagi mengelakkan akaun anda kena banned, elakkan daripada mengiklan produk Lazada di facebook dan google adwords. Anda boleh baca terma yang disediakan oleh pihak Lazada.

Sekian untuk kali ini, salam maju jaya.

0 comments:

Post a Comment