Thursday, January 1, 2015

// // Leave a Comment

Jualan Amal Banjir

Kita sekarang sudah berada di tahun 2015. Saya berharap yang anda telah berjaya mencapai segala cita-cita dan impian anda untuk tahun 2014. Kini anda perlu bersedia untuk menghadapi segala cabaran untuk tahun baru 2015 ini.

Di dalam kita melangkah kaki di awal tahun 2015 ini, jangan kita lupa tentang penderitaan yang dialami oleh beberapa rakyat Malaysia terutama sekali yang terlibat dengan banjir pada penghujung tahun 2014 iaitu banjir besar di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia. Segala harapan dan doa kita tujukan kepada semua mangsa banjir. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan besar ini.

Di atas dasar simpati dan ingin membantu, sahabat-sahabat Usahawan Internet di Malaysia telah bergabung tenaga untuk mewujudkan satu tawaran jualan khas untuk membantu mangsa banjir. Mereka telah mengumpulkan pelbagai produk terbaik mereka untuk dikongsikan dengan anda pada satu harga tawaran yang amat lumayan. 100% daripada hasil jualan ini akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan memerlukan bantuan. Sekiranya anda ingin memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut sila layari laman web berikut http://rajakamil.biz/bah14.


0 comments:

Post a Comment