Tuesday, March 10, 2015

// // Leave a Comment

Buat duit dengan fiverr.com

Mungkin anda sudah  pernah mendengar tentang Fiverr.com namun belum mengetahui bagaimana ia membantu kita menjana pendapatan pasif dari rumah. Jika ada yang sudah buka akaun pun belum tentu berjaya buat duit di laman ini. Hal ini mungkin disebabkan ada diantara usahawan yang tidak memiliki idea untuk menjual perkhidmatan  atau produk di fiverr. Mungkin juga ada yang langsung tidak terfikir untuk membuat duit di Fiverr.com ini.

Sebenarnya ramai usahawan kita berkongsikan pengalaman dan kejayaan mereka menjana pendapatan di fiverr.com. Kebanyakan mereka menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan hanya dengan menjual perkhidmatan mengikut kepakaran masing-masing.

Saya sendiri hanya membeli perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan-usahawan di fiverr.com. Mungkin juga saya pernah mendapatkan perkhidmatan usahawan-usahawan dari Malaysia. Sekali buat perkhidmatan saya bayar USD5. Kalau mahu tambah servis, kenalah bayar lebih.

Baru-baru ini tergerak pula hati menjana pendapatan di fiverr.com. Hal ini demikian kerana saya terbaca kisah kejayaan seorang usahawan dari Malaysia yang berjaya menjana pendapatan di fiverr.com. Saya sukar percaya dengan pencapaian beliau sebab saya tidak pernah muncul dalam arena usahawan internet Malaysia. Namun itulah manusia, bukan semua manusia mahu menonjolkan diri.

Harapan saya, suatu hari nanti saya akan menjadi salah seorang yang berjaya menjana pendapatan di fiverr.com. Tidak ada yang mustahil jika ada kesungguhan. Anda juga boleh, pasti akan berjaya menjana pendapatan di fiverr.com jika mempunyai kesungguhan.

0 comments:

Post a Comment