Tuesday, March 31, 2015

// // Leave a Comment

Cara membina blog online game

Hari ini 1 April 2015 merupakan hari yang bersejarah kerana pada hari ini cukai GST diperkenalkan di Malaysia. Bermacam ragam pengguna sempena pengenalan GST ini. Ada yang menerima dengan hati terbuka dan ada yang tidak berpuas hati khususnya mereka yang tidak ada sumber pendapatan. Itu sedikit cerita tentang GST.

Saya ada terbaca bahawa membina blog online game mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjana pendapatan secara pasif. Menurut sumber yang saya baca, lebih separuh daripada pelayar internet bermain dengan permainan online. Jika pelayar ini tidak bermain permainan online di blog online game anda, pelayar ini tentu bermain permainan online game di blog orang lain. Ini adalah kerana terdapat beribu blog atau website game online yang ditawarkan. Bayangkan jika anda meletakkan iklan di blog online game anda. Anda tentu faham dengan apa yang saya maksudkan?? Ya, sudah tentu ia akan memberikan pulangan wang kepada anda atau dalam bahasa yang mudah menjana pendapatan online.

Banyak iklan yang sesuai diletakkan di blog online game. Antaranya iklan adsense, iklan clickbank, iklan amazon.com dan sebagainya. Anda akan mendapat duit jika pelayar di blog anda mengklik iklan adsense anda. Jika pelayar membeli produk permainan melalui link affiliate amazon anda juga akan menghasilkan keuntungan kepada anda. Begitulah cara blog online game menghasilkan pendapatan sampingan kepada anda.

Persoalannya bagaimana cara membina blog online game? Membina blog online game tidaklah susah. Anda juga tidak perlu mengeluarkan sesenpun untuk membangunkan blog online game anda kecuali membayar bil elektrik dan talian internet anda. Anda boleh membangunkan blog online game anda melalui blog percuma iaitu blogspot. Jadi anda jimat duit beli domain dan hosting.

Sebelum saya teruskan, anda lihat dahulu contoh blog online game yang saya buat. Ini sebenarnya hanya suka-suka dan ia hasil daripada panduan ringkas yang saya peroleh. Ia masih baharu dan masih memerlukan traffik agar ia lebih bermakna buat saya.

Mari kita belajar bersama-sama membina blog online game dengan mudah dan percuma. Membina blog online game merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum mula menjana pendapatan dengan permainan atas talian atau online game. Baiklah, ikuti langkah mudah ini ;

1. Pertama anda sudah ada asas membina blog menggunakan blogspot. Jika belum tahu sila google cara-cara membina blog menggunakan blogspot. Pengetahuan asas ini perlu ya...

2. Setelah anda berjaya membina blog, cari website permainan online yang membenarkan anda publish permainan mereka di blog anda. Antara permainan online yang membenarkan permainan mereka di publish ialah spilgames.com

3. Di spilgames.com, klik bahagian publisher kemudian cari online game yang anda suka. Dapatkan kode permainan tersebut.

4. Buat new post di blog anda, tulis tajuk yang berkaitan dengan game online yang anda pilih kemudian paste kode yang anda copy di spilgames.com

5. Publish..game online anda sudah siap. Ulangi langkah tadi untuk post seterusnya.

Bagi yang ada domain dan hosting sendiri, saya mencadangkan kepada anda mendapatkan GameZone Flash kerana  anda hanya melakukan kerja sekali, untung berkali-kali khususnya yang masih bermain dengan google adsense. Anda boleh melihat demo GameZone Flash disini.

Sekian..harap membantu.

0 comments:

Post a Comment