Sunday, March 15, 2015

// // Leave a Comment

Kelebihan Perniagaan Di Internet

Menjalankan perniagaan di internet kini sudah menjadi satu trend masa kini. Sesiapa sahaja menjalankan perniagaan di internet, daripada taukey-taukey besar sehinggalah taukey-taukey kecil. Sama ada menjual di website sendiri, facebook atau portal seperti lelong. Siapapun yang menjalankan perniagaan di internet, mereka melakukannya kerana melihat potensi perniagaan di internet.

Antara kelebihan menjalankan perniagaan di internet :

1. Perniagaan tanpa sempadan

Perniagaan di internet membolehkan perniagaan di akses oleh sesiapa sahaja selagi ada capaian internet. Ini bermakna perniagaan anda dapat dikunjungi oleh sesiapa sahaja walau dimana mereka berada. Anda mungkin pernah membeli barangan di amazon.com atau mana-mana laman web yang bukan kepunyaan orang Malaysia. Begitulah perniagaan di internet yang boleh dikujungi oleh sesiapa sahaja di dunia ini.

2. Perniagaan tanpa had masa

Perniagaan offline ada had masanya. Sebagai contoh pasaraya Giant akan ditutup pada pukul 10.00 pm kemudian dibuka semula pada pukul 10.00 am. Antara pukul 10.00 pm hingga 10.00 am, tidak ada urus niaga yang akan berlaku di pasaraya ini. Berbeza dengan perniagaan di internet, ia berlangsung 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Walaupun anda sedang lena tidur atau sedang berseronok dalam percutian, perniagaan tetap berjalan tanpa mengeluarkan kos tambahan.

3. Kos perniagaan rendah

Dalam perniagaan internet, boleh jadi anda adalah boss dan pekerja untuk perniagaan anda. Anda tidak perlu memikirkan pekerja anda yang malas kerana andalah yang mengawal perniagaan anda.

4. Berhubung dengan pelanggan

Ia sangat penting dalam perniagaan di internet. Ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan perniagaan anda. Selain itu anda boleh menghantar email kepada pelanggan anda apabila ada produk baharu atau anda memberitahu pelanggan yang anda mengadakan jualan promosi. Ia cara promosi yang cepat, mudah dan berkesan. Namun untuk tujuan itu anda hendaklah mempunyai perkhidmatan autoresponder berbayar.

5. Pasaran antarabangsa

Menjalankan perniagaan di internet merupakan peluang anda memasarkan produk anda di peringkat antarabangsa. Seperti yang saya nyatakan di bahagian pertama, perniagaan di internet membolehkan  sesiapa sahaja dapat mengakses laman web anda. Mungkin ada individu di luar Malaysia tertarik dengan produk yang anda jual kerana benda itu tidak terdapat di negara mereka. Sebagai contoh produk kraftangan Malaysia.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan menjalankan perniagaan di internet. Namun bukan semua usahawan internet berjaya dalam perniagaan di internet atas beberapa sebab. Tiada masalah yang tidak boleh diatasi, antara kegagalan dalam perniagaan di internet berlaku sebab tidak mendapat panduan yang betul selok-belok perniagaan di internet.

0 comments:

Post a Comment