Thursday, April 2, 2015

// // Leave a Comment

Jutawan suri rumah

Saya baru sahaja selesai membaca artikel yang bertajuk Jutawan Suri Rumah yang diterbitkan di portal berita Harian Online. Saya membaca dan memahami artikel tersebut sehingga habis. Banyak perkara menarik yang saya pelajari daripada pengalaman pasangan Wan Hamidah Hassan . Mereka bermula dari bawah sehinggalah bergelar jutawan.

Mengambil ayat dalam artikel berkenaan, siapa sangka suri rumah tangga sepenuh masa, pada suatu ketika boleh meraih pendapatan mencecah RM1.2 juta.

Apakah rahsia kejayaan pasangan ini? Tidak pernah kenal erti putus asa merupakan kunci utama kejayaan pasangan tersebut berjaya dalam perniagaan internet dan itulah ganjaran bagi mereka yang rajin berusaha. Walaupun pasangan pernah hidup susah kerana dibebani hutang, ditipu oleh pembekal tetapi semua ditempuhi dengan penuh kesabaran.

Untuk berjaya dalam perniagaan, seseorang itu perlulah belajar daripada mereka yang lebih berpengetahuan dalam bidang tersebut. Pasangan ini sendiri menghadiri seminar keusahawanan internet untuk menambahkan lagi ilmu dalam selok-belok perniagaan di internet.

"Orang nak berniaga kita nak berniaga. Tapi sebenarnya kami tiada ilmu. Nak berniaga ini memang perlu ada ilmu."

Menyedari potensi jualan menerusi facebook, beliau memanfaatkan sepenuhnya facebook sebagai tempat untuk melakukan promosi produknya. Kini pasangan mempunyai beberapa produk jenama mereka sendiri yang dipasarkan secara online di facebook.

Begitulah sedikit kisah pasangan yang berjaya mengharungi segala keperitan sehinggalah bergelar jutawan. Dalam apa jenis punca pendapatan melalui internet memerlukan kesabaran. Menjana pendapatan di internet bukan hari ini menyertainya, esok dapat untung. Anda akan menghadapi pelbagai halangan, masalah yang memerlukan anda tabah untuk menghadapinya.

Walaupun anda hanya menjana pendapatan di internet melalui program affiliate, anda memerlukan kesabaran untuk melakukan promosi sehinggalah anda berjaya mendapatkan jualan. Untuk melakukan promosi pula anda memerlukan ilmu yang betul cara melakukan promosi agar usaha anda berhasil.


0 comments:

Post a Comment