Tuesday, June 9, 2015

// // Leave a Comment

Buat duit menerusi mobile apps


Pada suatu ketika dahulu, blog tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan, boleh dikatakan setiap orang mahu memiliki blog. Ini adalah ekoran daripada fenomena buat duit dengan blog yang kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja kerana tidak mendapat seperti yang diharapkan atau kehabisan idea untuk menulis. Ini dapat dilihat apabila terdapat blog yang tidak berupdate sekian lama.  Jadi, alang-alang sudah memiliki blog, mengapa tidak menghasilkan wang menerusinya? Jadi, pelbagai teknik dan cara menghasilkan wang menerusi blog diterokai. Sama ada menerusi adsense, nuffnang, affiliate, clickbank, amazon dan pelbagai lagi. Walaupun terdapat pelbagai cara lain menjana pendapatan melalui internet tetapi bagi saya blog masih releven sebagai medium menjana pendapatan secara online. Namun tidak salah jika mencuba cara lain menjana pendapatan seperti menjana pendapatan menerusi mobile apps.

Sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, cara menjana pendapatan di internet juga turut berubah. Sebagai contoh perkembangan pesat penggunaan smartphone di kalangan pengguna handphone di serata dunia. Seperti yang kita sedia maklum, smartphone mempunyai pelbagai aplikasi tambahan seperti games, TV online, Aplikasi berita, dan banyak lagi.Oleh itu ramai developer meneroka peluang buat duit menerusi mobile apps.

Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana apps yang anda install di smartphone anda mampu memberikan pendapatan kepada mereka yang membina apps tersebut?Anda mungkin tidak percaya tetapi Flappy Bird, satu mobile app yang jumlah fail saiznya tak sampai 1MB boleh mengaut keuntungan daripada iklan dalam mobile app sebanyak USD 50,000 sehari.

Kanak-kanak! Mereka inilah yang ketagihan main mobile apps malah pengguna smartphone yang sudah dewasa juga ketagih dengan games, terutamanya game apps! Mereka inilah yang secara sengaja atau secara tidak sengaja klik iklan dalam mobile apps! Apabila mereka buat demikian, maka penyedia apps tersebut dapat janakan duit iklan tersebut!

Sejajar dengan perkembangan ini, sekarang adalah masa terbaik untuk membina empayar mobile apps anda. Industri mobile apps masih di peringkat bayi lagi. Bertindak lambat, untung pun lambat. Tidak bertindak, langsung tak dapat! Trend blogging dan Internet Marketing sudah berlalu jika anda tidak aktif dalam blogging. Trend terkini adalah mobile apps!

Anda boleh cari sumber untuk source code di internet. Ada sesetengah source code sudah pun mempunyai pengikut sendiri. Bagaimana dengan kos untuk menghasilkan apps untuk games? Jika anda outsource, ia bergantung kepada siapa yang membuat tugasan tersebut buat anda, adakah servisnya murah,sederhana atau mahal? Bagaimana pula games anda? Adaka ia rumit seperti Angry Bird atau simple seperti Flappy Bird? Menurut sumber dari beberapa pembuat apps untuk games, minima untuk menghasilkan games adalah sekitar USD 2,000 hingga USD 3,000 untuk basic coding. Untuk games yang lebih rumit, ia menelan belanja yang lebih besar. Sebagai contoh, games Angry Birds menelan kos lebih dari USD 120,000 namun hasilnya ia memberi pulangan hingga jutaan USD. -Wangcyber

Kini anda mampu membina mobile apps pertama anda dengan mendapatkan panduan dan source membina apps di  mobile apps.


0 comments:

Post a Comment