Thursday, June 25, 2015

// // Leave a Comment

Wordpress theme untuk affiliate lazada

Salam hormat semua. Anda mungkin merupakan salah seorang agen affiliate lazada yang sering memikirkan cara terbaik atau mencari alatan yang terbaik untuk tujuan mempromosi produk lazada. Saya juga merupakan salah seorang agen affiliate lazada dan baru 2 kali mendapat bayaran daripada lazada selepas menyertai program affiliate ini setahun yang lepas. Bagi saya ini sesuatu yang sangat tidak bagus kerana sepatutnya saya dapat lebih daripada itu. Sebenarnya saya mula mendapat jualan yang agak bagus  selepas melakukan beberapa perubahan melakukan promosi. Antaranya membuat blog store. Sebelum ni tampal banner lazada sahaja di blog. Bagi yang belum menyertai program affiliate lazada, jangan bertangguh lagi terutama anda yang mempunyai blog yang mempunyai traffik yang agak lumayan.

Sebagai agen affiliate, jangan mengharapkan iklan banner lazada yang diletakkan di blog diklik oleh pengunjung sebab kunjungan mereka ke blog mungkin tidak berkaitan dengan membeli belah. Sebagai contoh paparan iklan banner lazada di blog saya dalam sehari mencapai 100 kali namun tidak ada satu pun klik yang diterima daripada banner tersebut. Ini sesuatu yang menghampakan kerana tidak ada klik bermakna tiada jualan. Ada klik, kebarangkalian mendapat jualan sangat tinggi. Jadi, walaupun traffik blog anda cukup tinggi, itu bukan jaminan untuk mendapatkan jualan jika sekiranya mengharapkan iklan banner lazada.

Sebagai agen affiliate dengan lazada yang mahu menjana pendapatan yang lumayan perlu sentiasa mencari jalan supaya mendapat seberapa banyak jualan yang boleh. Selain melakukan review produk yang terdapat di lazada, antara lain cara mendapatkan jualan ialah dengan membuat online store. Untuk membuat online store, ia memerlukan domain berbayar dan kena menyewa hosting pula tu. Namun kalau ada kesungguhan menyewa hosting bukanlah satu masalah.

Wordpress merupakan blog yang sangat banyak tool tambahan seperti plugin sama ada yang berbayar atau percuma dan juga theme. Saya membuat online store menggunakan wordpress sebagai platform sebab banyak plugin dan theme percuma. Sabagai contoh plugin woocommerce dan theme wordpress yang sesuai dengan woocommerce. Antara theme yang pernah saya guna ialah wootique daripada woothemes.com, Ready review ( percuma ) dan Affiliate Review Plus ( berbayar ) daripada readytheme.com. Dengan bantuan data feed yang disediakan oleh lazada ia dapat memudahkan lagi kerja membuat online store. Baru-baru ini saya terjumpa theme yang mempunyai paparan yang agak cantik sebagai online store yang diberi nama Rumana themes. Sehingga kini saya menggunakan theme ini kerana paparannya dan mesra telefon pintar.

Saya berpendapat, theme yang saya nyatakan di atas sesuai untuk membuat online store. Anda hanya perlu melakukan sedikit usaha untuk memantapkan online store sehingga menghasilkan jualan. Selamat menjana pendapatan dengan lazada.



0 comments:

Post a Comment