Monday, July 20, 2015

// // 1 comment

Langkah memulakan bisnes di internat

Langkah memulakan bisnes di internat

Ramai yang ingin memulakan perniagaan internet sendiri kerana menyedari betapa pasaran pengguna internet global yang begitu luas dan menjanjikan pendapatan yang lumayan. Menjalankan bisnes di internet tidak semestinya mempunyai produk sendiri untuk dijual.

Ramai yang tidak tahu cara untuk memulakan perniagaan di internet. Oleh hasil daripada pembacaan saya dan sedikit pengalaman, saya kongsikan beberapa langkah mudah bagi memulakan bisnes di internet.

Kenal Pasti Pasaran

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, kajian pasaran perlu dilakukan bagi memastikan produk yang anda tawarkan mendapat permintaan di pasaran. Adalah menjadi satu kerugian memasarkan sesuatu produk yang tidak mendapat tempat di pasaran. Pada prinsipnya peniaga akan membuat tawaran apabila ada permintaan atau pasaran.

Sasaran pasaran juga perlu ditentukan terlebih dahulu. Perniagaan di internet sama seperti perniagaan offline dimana produk yang ditawarkan perlu ada permintaan.

Membina laman blog

Alatan ini sangat penting bagi menjalankan bisnes di internet. Bakal usahawan perlu tahu membina blog atau web bagi tujuan memasarkan produk yang bakal dipasarkan. Ini adalah kerana laman blog ini berfungsi menerangkan secara terperinci produk yang hendak dipasarkan.

Laman blog juga bertindak sebagai wakil penjual anda secara online yang akan bekerja 24 jam sehari sepanjang tahun. Oleh kerana laman blog merupakan wakil penjual maka ia perlu menerangkan secara terperinci produk seperti harga, diskaun jika ada, kelebihan produk, agar pelanggan mendapat informasi yang betul, tepat dan terperinci.

Bagi membangunkan laman blog, perlu mendapatkan nama domain dan hosting daripada penyedia hosting. Tujuannya adalah sebagai tempat menyimpan fail jika sekiranya memasarkan produk digital. Jika sekiranya memasarkan produk fizikal atau memasarkan produk orang lain melalui program affiliate, blogspot merupakan pilihan jimat kos tetapi kurang pro. Adalah disarankan menggunakan domain dan hosting berbayar jika menjual produk sendiri bagi memudahkan konfigurasi pembayaran kerana blog berbayar seperti wordpress menyediakan banyak tools.

Promosi produk

Kini semua sudah tersedia seperti kajian pasaran dan wakil jualan olnile iaitu laman blog. Tugas seterusnya ialah melakukan promosi laman blog yang di bina. Terdapat beberapa cara mempromosi laman blog yang sangat berkesan antaranya ;

1. Pengiklanan. Iklankan laman blog anda supaya boleh di akses dengan mudah oleh pelayar internet. Pengiklanan yang paling popular ialah google adwords. Pengiklanan lain termasuklah di portal berita popular seperti di Berita Harian Online, MalaysiaKini, Sinar Harian Online dan sebagainya.

2. Program affiliate. Tawarkan program affiliate sebagai agen promosi di internet. affiliates umpama sekumpulan askar yang bersedia mempromosikan produk yang ditawarkan.

3. Pemasaran email. Ia wajib bagi setiap usahawan internet. Untuk itu wajib mempunyai autoresponder. Jika mempunyai senarai prospek yang ramai, tidak perlu lagi menggunakan perkhidmatan pengiklanan di google adwords. Bayangkan jika seseorang itu mempunyai senarai prospek dalam 5000 orang. Hanya sekali blast, maklumat produk sudah sampai kepada 5000 orang prospek melalui email.

4. Teknik SEO. Ia merupakan kaedah yang terbaik. Pelanggan akan menemui laman blog jualan apabila mereka melakukan carian di enjin pencari seperti google. Cara ini mungkin agak rumit kerana persaingan sengit dengan pesaing-pesaing lain tetapi berbaloi kerana akan mendapat pelayar secara berterusan.

Sekian sahaja info yang tidak seberapa ini, apapun diharap ia memberikan sedikit manfaat buat pembaca.

1 comment:

  1. part SEO tu yang masih fail lagi, ang penting produk kita unik dan menarik. Kebanyakan scam sekarang ni yang buat buruk nama peniaga online, kena berhati hati

    ReplyDelete