Wednesday, July 15, 2015

// // Leave a Comment

Program affiliate di Malaysia

Ini mungkin bukan tulisan yang pertama anda temui di internet. Sebaliknya jika tulisan seumpana ini yang pertama anda temui, sekurang-kurangnya saya sudah menyampaikan informasi yang berguna kepada anda khususnya yang masih tercari-cari program affiliate yang boleh dipercayai. namun sebelum itu sila ambil sedikit masa untuk membaca keseluruhan tulisan yang tidak seberapa ini agar anda faham kepentingan memilih affiliator yang boleh dipercayai.

Semasa saya berlegar-legar di internet, saya terjumpa keluhan seseorang yang menjana pendapatan melalui program affiliate yang tidak dibayar komisyen setelah berjaya melakukan jualan. Menurutnya komisyennya tidak dibayar sehinggalah website tidak aktif. Sebenarnya sesiapa sahaja yang pernah menyertai program affiliate pernah mengalami situasi sedemikian. Saya sendiri sudah beberapa kali mengalami nasib yang sama sama ada oleh usahawan Malaysia mahupun usahawan luar negara. Bayangkan anda mengeluarkan kos pengiklanan, masa untuk mempromosikan produk mereka dan tiba-tiba website mereka senyap tanpa membayar komisyen. Bertalu-talu dihantarkan email sedikitpun tidak memberikan kesan. Teringin juga menulis tentang mereka ini tetapi tidak sampai hati pula saya ke tahap memalukan mereka. Biarlah itu urusan dirinya dengan Tuhan.

Dalam menyelesaikan masalah ini, terdapat banyak saranan untuk sesiapa sahaja yang mahu menjana pendapatan di internet melalui program affiliate seupaya menyertai program affiliate yang boleh dipercayai. Ini sebanarnya satu nasihat yang sangat berguna bagi mengelakkan diri daripada  kena tipu oleh usahawan yang suka menipu.

Di sini terdapat beberapa penganjur program affiliate di Malaysia yang sangat boleh dipercayai. Semoga dengan info ini anda akan dapat mempromosi produk yang ditawarkan dengan aman. Tanpa membuang masa anda 3 ketegori  program affiliate ini boleh anda sertai tanpa ragu-ragu. Khusus buat anda yang tidak mahu lagi ditipu ;

1. Penyedia Hosting

Sertailah mana-mana penyedia hosting di Malaysia terutama sekali penyedia hosting yang terkenal dan dikenali ramai. Komisyen yang diberikan oleh pihak hosting agak lumayan dan pembayaran akan dilakukan apabila mencapai jumlah minimum pembayaran. Sebagai contoh bayaran akan dibuat apabila jumlah komisyen terkumpul mencapai RM500. Saya mencadangkan anda menyertai Angel Affiliate Program oleh exabytes.com.my.

2. Shopping Online

Untuk kategori shopping online, saya mencadangkan anda menyertai program affiliate yang dianjurkan oleh rangkaian Lazada. Selain menyediakan tools yang banyak, program affiliate Lazada diurus dengan baik oleh kakitangannya dan setiap pertanyaan anda melalui email akan mendapat balasan dengan penjelasan yang memuaskan. Komisyen akan dibayar setiap bulan tetapi adakalanya bayaran komisyen sehingga 2 bulan. Terlalu ramai yang menerima komisyen barangkali. Join affiliate lazada.

3. Produk Digital dan Informasi

Rasanya kategori ini yang paling ramai diminati oleh usahawan internet. Ini adalah kerana komisyen yang ditawarkan sangat lumayan berbanding dengan komisyen yang ditawarkan di Lazada. Untuk kategori ini saya mencadangkan kepada anda untuk menyertai program affiliate ashadee.com dan klikjer.com . Kedua-dua website ini menawarkan program affiliate secara percuma. Selain itu produk yang ditawarkan pula adalah yang terbaik dan mendapat sambutan yang hangat di internet. Jadi peluang anda menjana pendapatan yang lebih banyak adalah tinggi bergantung kepada teknik dan usaha anda. Sedikit maklumat ashadee.com, ia menawarkan tools yang mesra wordpress dan blogger. Jika belum menyertai program ini join secara percuma terus ke laman web ashadee.com dan klikjer.com

Akhir sekali semoga informasi ini memberikan kelegaan kepada anda dan dapat mengelakkan diri daripada kena tipu sekali lagi. Sekian.




0 comments:

Post a Comment