Sunday, July 12, 2015

// // Leave a Comment

Sebab Masih Tidak berjaya Jana Komisen Affiliate

Sebab Masih Tidak berjaya Jana Komisen Affiliate

Ada juga yang dah bertahun-tahun praktik, tapi tiada hasil. Apabila saya kaji dengan detail, iaitu berkenaan mereka yang baru belajar affiliate terus dapat hasil, inilah jawapannya. Di sini, saya list kan sebab-sebab utama kenapa mereka gagal dalam pemasaran affiliate.

Sebenarnya, kegagalan mereka disebabkan beberapa sebab utama. Walaupun sebab kegagalan ini nampak remeh, tapi ramai yang mengabaikannya. Inilah punca mereka sering gagal menjana komisyen dalam affiliate.

Apakah sebab-sebab utama tersebut?

1. Mereka mengharapkan pulangan dengan segera.

Ramai yang melakukan pemasaran affiliate ini mengharapkan komisyen segera hasil promosi mereka. Disebabkan tamak, mereka tidak merancang sebelum memulakan promosi affiliate. Mereka tanpa berfikir panjang, terus saja mempromosikan produk affiliate yang disertai. Hasilnya, promosi mereka kelihatan seperti SPAM tanpa mereka sedarinya. Anda boleh lihat hasil-hasil promosi mereka melalui email. Sering saja mereka mereka hantar promosi affiliate melalui “forward email” , “bundle email” dan juga di SPAM box. Mereka tak sabar nak dapat pulangan segera dengan usaha promosi mereka. Disangkakan mereka boleh jana komisen dengan mudah hasil usaha seperti itu.

2. Mereka memilih program affiliate yang salah

Ya, mereka gagal jana komisen disebabkan memilih program affiliate yang salah.
Kebanyakan mereka dilihat sering sertai program affiliate yang menjanjikan pulangan segera dengan mudah, tiada detail berkenaan penganjur program affiliate, harga produk yang tidak sesuai, penganjur affiliate yang kurang dikenali dan banyak lagi kecacatan pada program affiliate yang disertai. Anda perlu ingat, usah tertipu dengan program-program affiliate yang anda sertai yang mana ianya boleh mendatangkan risiko komisen anda tidak dibayar, lewat dibayar, produk tidak diberi kepada pembeli dan lain-lain.

Sebenarnya, anda boleh dengan mudah untuk mengenali program-program affiliate yang dipercayai. Antaranya, melalui program affiliate yang diperkenalkan oleh Usahawan Internet yang ada nama dan juga dipercayai. Sebagai contoh, jika Zamri Nanyan (IM terkenal) promosikan sesuatu produk yang miliki program affiliate, anda boleh sertainya. Sudah pasti, komisen dibayar kepada agen-agen affiliate sekiranya mereka berjaya membuat jualan.
Atau anda boleh sertai mana-mana program affiliate yang ramai disertai oleh ahli forum Wangcyber.com, carigold.com dan lain-lain. Biasanya, di forum wangcyber.com lah terdapat banyak program-program affiliate yang dianjurkan.

3. Mereka tidak kaji potensi program affiliate yang disertai

Inilah kegagalan utama dalam pemasaran affiliate. Mereka tidak tahu apa yang mereka promosikan. Apabila ditanya oleh prospek, mereka tidak dapat menerangkannya dengan lebih lanjut. Terutamanya jika promosi dilakukan melalui forum atau blog. Untuk menjayakan promosi affiliate sesuatu produk, sebaiknya mereka ketahui atau mencuba produk tersebut terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika anda promosikan sesuatu ebook, anda perlu tahu apa isi kandungan ebook tersebut dahulu.

Anda perlu tahu bagaimanakah produk yang anda ingin promosikan dapat membantu prospek menyelesaikan masalah mereka. Ingat! Prospek akan membeli sekiranya produk yang anda promosikan benar-benar dapat selesaikan masalah mereka. Dan sudah tentu mereka akan berterima kasih kepada anda kerana memperkenalkan produk tersebut kepada mereka. Selain itu, mereka juga tidak mengkaji atau membaca surat jualan (sales letter) bagi produk affiliate yang dipromosikan.

Tahukah anda, sebagai agen affiliate, kerja anda menarik trafik kepada laman web yang anda promosikan. Sekiranya anda berjaya menarik banyak trafik sekalipun, tapi surat jualan web jualan tidak memikat, anda melakukan kerja yang sia-sia. Oleh itu, sebelum mulakan usaha promosi anda, pastikan sales letter web jualan adalah berpengaruh untuk menarik perhatian dan juga mampu membuatkan pembaca ingin membeli.


0 comments:

Post a Comment