Thursday, July 9, 2015

// // Leave a Comment

Tutorial cara install wordpress di Cpanel

Tutorial cara install wordpress di Cpanel

Walaupun blog ini percuma yang dihostkan di blogger, tidak salah rasanya jika saya berkongsi ilmu tutorial cara install wordpress di cpanel. Saya hanya berkongsikan pengalaman saya menginstall skrip wordpress di domain berbayar saya. Gambar-gambar yang saya guna di sini adalah gambar yang saya ambil daripada sumber lain iaitu di exabytes. Bagi mendapatkan ilmu yang lebih lanjut, dapatkan tutorial cara install wordpress dalam bentuk video.

WordPress telah wujud dalam beberapa dekad yang lalu dan terkenal dengan ciri-ciri praktikal dan sangat berfungsi. Pada mulanya wordpress popular di kalangan penulis blog, hari ini, ia telah bertukar menjadi salah satu Content Management Software paling dikehendaki (CMS) untuk laman web bukan-blogging kerana ia adalah mesra pengguna dan mudah diurus. Menambah kandungan atau kandungan multimedia baru ke laman web anda adalah sangat mudah. Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk anda menginstall WordPress di cPanel anda melalui Softaculous. Pertama sekali anda hendaklah mempunyai domain dan hosting. Jika belum ada dapatkannya terlebih dahulu agar anda boleh baca sambil membuatnya. Banyak provider hosting terbaik di Malaysia seperti exabytes, serverfreak dan datakl.

Setelah anda membeli domain dan hosting, anda akan diberi user name dan password yang digunakan untuk login ke cpanel anda.Login dengan menggunakan user name dan password yang diberikan. Setelah login ke cpanel anda, anda akan melihat beberapa senarai perisian dan perkhidmatan. Cari dan pilih softaculous untuk memulakan penginstallan perisian wordpress ke domain anda.


Apabila anda klik perkhidmatan softaculous, anda akan melihat logo wordpress di menu "Tops Scripts". Jika anda tidak terjumpa ikon wordpress, cuba lihat di bahagian menu blog, menu sebelah kiri cpanel anda.


Langkah seterusnya, klik logo wordpress yang akan membawa anda ke halaman install wordpress. Halaman ini juga akan memaparkan versi wordpress terkini. Bagi yang baru dengan blog yang menggunakan skrip wordpress, anda boleh mencuba demo yang disediakan. Jika anda tidak mahu meneroka banyak tentang wordpress, anda mulakan proses install dengan mengklik install.


Seterusnya , satu siri medan kosong akan muncul. Isi semua maklumat yang diperlukan . Pada mulanya, anda tetapkan " Pilih Protocol ", sama ada mahu menggunakan www atau tidak. Pilih Domain yang anda hendak install wordpress. Jika anda install di sub domain, pastikan anda memilih subdomain yang anda hendak installkan. Isi maklumat-maklumat lain yang diimnta seperti username, password dan email anda. Tajuk blog anda boleh di ubahsuai apabila anda login ke blog selepas proses install wordpress selesai.


Akhirnya , anda akan sampai ke bahagian ' Theme ' iaitu paparan blog anda apabila sudah online. Pilih theme wordpress yang anda suka. Anda juga boleh mendapatkan theme percuma sesuai dengan kemahuan anda. Jika anda ada duit lebih, beli theme wordpress kerana theme wordpress premium banyak kelebihannya. Paling penting pastikan theme wordpress yang anda guna merupakan yang mesra mobile kerana theme yang mesra mobile sangat disukai oleh google. Bahagian yang paling penting ialah maklumat Emel. Pastikan anda memasukkan alamat emel anda betul kerana semua butiran pemasangan seperti URL dan kata laluan akan dihantar ke e-mel ini . Langkah terakhir ialah klik butang "install" di bahagian bawah sekali dan proses install akan bermula. Proses install mengambil masa lebih kurang 30 saat. Sebaik proses install selesai, anda akan di bawa ke halaman seterusnya iaitu ucapan tahniah, link blog anda, link login anda dan anda juga akan menerima emel yang berkaitan dengan butiran pemasangan wordpress anda. Simpan butiran untuk rujukan apabila menghadapi "kecemasan".



Semoga Berjaya..

 

0 comments:

Post a Comment