Sunday, August 9, 2015

// // Leave a Comment

Rahsia Senarai Email Yang Responsive

Rahsia Senarai Email Yang Responsive

Senarai Email adalah salah satu asas terpenting pemasaran internet yang perlu dikuasai oleh semua usahawan internet kerana ia merupakan sumber utama pelanggan anda.  Namun, siapa pun boleh membina senarai email, tetapi bolehkah anda membuat senarai email responsif? Untuk mendapatkan seseorang untuk melanggan newsletter anda adalah satu hal, tetapi untuk membuatkan dia membuka email anda adalah sesuatu yang sama sekali berbeza.

Ada ramai orang yang menjadi  ‘subscriber’ semata-mata untuk mendapatkan ebook percuma atau laporan percuma anda.

Tidak kira seberapa besar senarai email yang anda miliki, masalah utama yang harus anda tangani adalah bagaimana anda membuat mereka untuk membuka email yang anda hantar?

Atau sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada mereka membuka email anda?  Jika anda sering mempromosikan produk affiliate kepada senarai email anda dan selepas melihat kadar / rate email anda dibaca sangat rendah, anda pasti kecewa bukan? Dan lebih teruk lagi jika anda menerima respons daripada senarai email anda sendiri yang mengutuk dan memarahi kerana email-email promosi yang tak henti-henti diterima.

Akhirnya berfikir dalam hati, mungkin istilah wang pantas dalam pemasaran email yang diwarwarkan oleh kebanyakan orang hanyalah mitos atau sesuai untuk orang yang berpengaruh sahaja.

Tapi jangan mengalah terlebih dahulu kerana 2 rahsia besar ini pasti akan membantu anda dalam pemasaran email yang efektif. Ingat perniagaan offline juga tidak lari daripada berhadapan dengan karenah pelanggan tetapi mereka terus maju ke hadapan.

Saya teruskan kepada rahsia senarai email responsive! Ada dua prinsip utama yang perlu anda ikuti dalam membina senarai email yang responsif iaitu memberi nilai dan konsisten.

NILAI

Pertama adalah jelas. Anda harus memberi nilai kepada pelanggan anda. Mengapa ‘subscriber’ anda perlu membuka email anda jika mereka langsung tidak merasakan ada keuntungan yang diperolehi sebaik membaca email anda? Tajuk email adalah penting dan anda harus masukkan ayat ‘penarik’ di dalam tajuk email anda.

Contohnya  Laporan Rahsia RM5,000 Dalam Masa 10 Hari! [Terhad]

Jujurnya jika saya sendiri menerima email yang ada tajuk seperti ini, saya akan terus klik untuk mengetahui isi kandungannya. Tapi jangan berbangga dahulu dengan tajuk yang mengancam ini. Anda harus pastikan isi kandungan email anda adalah benar-benar bernilai kepada ‘subscriber’ anda.

sekarang bincang tentang isi kandungan email pula. Bagaimana memasukkan nilai ke dalam isi kandungan email ini?

Prinsip 1: Hormati ‘subscriber’ anda  - Anggap mereka seperti seorang VIP dan jaga ayatayat yang anda tulis jangan sampai menjadi terlalu kasar dan menyakiti mereka.

Prinsip 2: Straight to the point – Ya mesti nyatakan tujuan utama anda menulis email tanpa ayat-ayat yang berjela-jela panjangnya. Siapa yang suka membaca email yang panjang?

KONSISTEN

Kedua, apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menjadi konsisten. Ertinya, jika anda menghantar email seminggu sekali, tetaplah seperti itu. Jika anda menghantar 3 email seminggu, teruskan melakukan demikian. Lebih banyak anda berinteraksi dengan subscriber anda, mereka akan lebih mengenali dan mempercayai anda.

Subscriber yang membeli produk anda adalah subscriber yang mempercayai anda. Jika anda jarang-jarang menghantar email kepada mereka tetapi secara tiba-tiba anda menghantar banyak email promosi dalam satu masa, subscriber akan menyampah dan meninggalkan anda. Mengapa? Sebab mereka menganggap anda menghantar email SPAM.

Apa yang perlu anda emailkan agar konsisten menghubungi subscriber?

Bergantung kepada ‘niche’ senarai email anda, anda harus berikan email-email informasi percuma kepada mereka agar mereka dapat menghargai jasa anda. Sebagai contoh, anda memiliki senarai email dalam niche ‘masakan’. Tentu sekali email-email yang sesuai dihantar setiap minggu adalah tips-tips masakan dan yang seumpamanya.

Seperti yang selalu dikatakan oleh ramai orang, Pamper Your Subscriber! Ya memang betul, layani subscriber anda dengan sepenuhnya. Jangan biarkan mereka terabai dalam autoresponder anda dan hanya menghubungi mereka apabila adanya promosi produk.

Sekian.





0 comments:

Post a Comment