Saturday, January 16, 2016

// // Leave a Comment

Ashadee.Com bakal ditutup pada bulan Mac 2016

Ashadee.Com bakal ditutup pada bulan Mac ini. Ia merupakan info yang kurang menggembirakan terutama sekali buat blogger yang banyak menjana pendapatan melalui program affiliate Ashadee.Com mahupun usahawan yang menjual melalui Ashadee.Com. Dahulu Ashadee.Com dikenali sebagai Jomniaga telah dijenamakan kepada Ashadee.Com untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Walaupun Ashadee.Com ditutup sepenuhnya pada bulan Mac ini tetapi semua urusniaga di Ashadee sudahpun dihantikan.

Dengan penutupan Ashadee.Com, para blogger terpaksa menurunkan semua bentuk promosi sama ada banner mahupun link affiliate yang sudah tertanam di blog masing-masing.

Ashadee.Com merupakan platform program affiliate terbaik buat masa ini yang pernah saya sertai. Terdapat banyak produk yang boleh dipromosi yang dibekalkan dengan tools khusus untuk pengguna blog wordpress dan blogger. Sebagai blogger yang menjana pendapatan melalui program affiliate sepenuhnya sudah tentu berasa kecewa dengan penutupan Ashadee.Com.

Bagi blogger yang menjana pendapatan yang lumayan melalui program affiliate Ashadee.Com tentu lagi berasa kecewa dengan penutupan Ashadee.Com. Apapun CEO Ashadee.Com sudahpun memberi notis supaya pengguna Ashadee.Com mencari alternatif Ashadee.Com. Buat masa ini satu-satunya alternatif Ashadee.Com yang saya kenalpasti ialah klikjer.com. Jika pengguna Ashadee.com perasan, banyak produk klikjer.com dipromosikan di Ashadee,Com.

Berikut adalah notis daripada CEO Ashadee.Com









0 comments:

Post a Comment