Sunday, January 17, 2016

// // 1 comment

Program affiliate Malaysia 2016

Tentu masih ada yang tidak percaya yang Ashadee.Com tutup kedai buat selama-lamanya. Lebih-lebih lagi bagi blogger yang menjana pendapatan lumayan dengan Ashadee.Com. Hakikatnya blogger perlu mencari alternatif Ashadee.Com supaya terus menjana pendapatan melalui program affiliate.

Di sini saya senaraikan beberapa program affiliate yang saya ketahui setakat ini. Bagi yang sudah menyertainya, sama-samalah kita melakukan langkah seterusnya iaitu mempromosi link affiliate. bagi yang belum menyertai program affiliate yang saya senaraikan ini, mulakan langkah pertama iaitu membuka akaun sebagai agen affiliate.

Berikut adalah senarai program affiliate Malaysia

1. Klikjer - Klikjer.com/members/signup.php

Saya sudah menyertai klikjer.com tetapi mengabaikannya apabila menyertai jomniaga yang juga dikenali sebagai ashadee. Dengan penutupan ashadee, saya kena rujuk semula dengan klikjer.com. Penyertaan adalah percuma. Program affiliate klikjer menarik kerana ia mengamalkan pengurusan affiliate secara berpusat. terdapat beberapa produk dipasarkan di klikjer antaranya ;
  • AnakPintarCerdas.Com
  • BisnesAiskrim.Com
  • BisnesBurger.Com
  • BisnesFotografi.Com
  • DidikAnak.Com
  • DuitFiverr.com
  • JanaWangDiRumah.Com
  • PanduanMUET.Com
  • RahsiaTaobao.Com
  • RahsiaTemuduga.Com
  • RahsiaPenulis.Com
..dan banyak lagi, boleh rujuk di klikjer.com/marketplace.html

2. Lazada - www.lazada.com.my/affiliate/signup

Lazada merupakan pusat membeli belah atas talian yang paling popular di Malaysia. Di mana-mana sahaja blog, media sosial, portal berita ada saja iklan tentang lazada. Bloger-blogger juga banyak menulis cara menjana pendapatan melalui program affiliate lazada. Jika saudara mara atau rakan-rakan anda pernah membeli-belah di lazada Malaysia, ini merupakan peluang bagi anda menjana pendapatan melalui program affiliate lazada. Komisyen yang ditawarkan oleh lazada antara 6 hingga 10 peratus bergantung kepada jenis produk. Ia sangat sedikit tetapi labih bagus daripada memasang iklan google adsense.




Terdapat banyak tools promosi yang dibekalkan oleh pihak lazada. Terpulanglah kepada anda bagaimana cara untuk mempromosi 30,000 jenis produk yang dipasarkan di lazada.

3. Exabytes - angel.exabytes.com.my/signup.php

Exabytes merupakan penyedia hosting yang popular di Malaysia. Selain Malaysia, Exabytes juga mempunyai rangkaian diluar negara. Komisyen yang ditawarkan oleh Exabytes bagi setiap jualan agak lumayan bergantung kepada pakej yang dilanggan oleh pelanggan. Anda boleh rujuk komisyen yang ditawarkan di bawah. Mempromosi perkhidmatan Exabytes menguntungkan kerana hosting ini terkenal dan mendapat tempat terbaik di Malaysia.



Ia merupakan program terkini yang saya ketahui selepas kehilangan Ashadee.Com. Sebelum menyertai program ini anda perlu bersetuju dengan beberapa syarat yang ditetapkan. Sudah tentu anda mesti mematuhi syarat yang ditetapkan apabila mempromosi produk mereka atau anda bekal kehilangan akaun. Terdapat beberapa produk yang sedia untuk dipromosikan di JVsecurepay.com yang kesemuanya berkaitan dengan informasi kerjaya. 

Demikian 4 program affiliate untuk kali ini. Saya akan menambah program affiliate dari semasa ke semasa.



1 comment: