Tuesday, July 12, 2016

// // Leave a Comment

Bina Kedai Online Menggunakan Platform Shopify


Peluang berniaga secara online semakin bagus dengan peralihan gaya hidup masyarakat yang lebih gemar membeli belah secara online. Tidak hairanlah banyak kedai online dibangunkan setiap hari. Tanpa disedari begitu banyak kedai online yang menjual pelbagai jenis produk.

Persoalannya siapa yang layak mempunyai kedai online? Jawapan peribadi saya ialah sesiapa sahaja yang mempunyai impian untuk berjaya dalam hidup, mahu bekarja secara santai tanpa tekanan daripada orang atasan. Mempunyai kedai offline sendiri merupakan kelebihan untuk membuka cawangan di alam maya juga dikenali sebagai kedai online. Hal ini demikian kerana selain mendapatkan pelanggan secara offline, pekedai juga berpeluang mendapat pelanggan secara online melalui kedai online. Walau bagaimanapun kena lihat juga produk yang dijual. Jika seseorang itu mempunyai kedai tayar kereta tidak sesuai pula jual tayar secara online kepada individu kerana tayar memerlukan peralatan untuk dipasang pada rim.

Membuat kedai online juga menjadi trend kepada usahawan internet yang menjana pendapatan melalui program affiliate. Sebagai contoh membina kedai online mempromosi produk yang terdapat di amazon.com. Saya sendiri mempunyai kedai online untuk tujuan mempromosi produk yang terdapat di amazon.com.

Masalah bagi sesetangah orang ialah tidak tahu cara membuat kedai online. Tidak kurang juga yang tidak berani mengeluarkan wang untuk mendapatkan ilmu daripada orang lain. Harapkan benda yang percuma, agak sukar mendapatkan ilmu yang terbaik. Belajar ilmu di internet tidak sama seperti di dalam kelas abc yang disampaikan oleh guru.

Membuat kedai online sebenarnya semakin mudah. Ini adalah kerana terdapat banyak panduan, opensource dan tools berbayar dan percuma internet. Tools berbayar kebiasaannya mempunyai tutorial pemasangan malah lebih advance sementara tools percuma, anda kena pasang sendiri berpandukan pengetahuan anda sendiri.Ada yang murah dan ada yang mahal bergantung kepada fungsi skrip tersebut.

Shopify antara penyedia platform kedai online ecommerce yang biasa digunakan oleh usahawan internet untuk membuat kedai online. Shopify adalah platform online shop. Membuat kedai online menggunakan shopify sangatlah mudah dan boleh selesai dalam beberapa minit. Perlu anda ketahui ada banyak cara untuk membuat kedai online baik menggunakan platform opensource ( percuma ) mahupun platform berbayar . Kedai dalam talian yang dimaksud di sini adalah sebuah webstore yang mempunyi ciri-ciri / kemudahan jualan produk , pemilik kedai boleh melihat order produk, inventori produk , database pelanggan , dan pembeli boleh terus melakukan pembayaran menggunakan  visa , master , paypall atau pemindahan bank . Pilihan menggunakan platform opensouce mahupun platform berbayar bergantung dengan bajet , resource , sasaran pasaran dan tujuan kedai dalam talian yang akan anda bangun .

Di Shopify , pengguna boleh membuat reka bentuk web sendiri , mengubahnya serta menetapkan ciri - ciri apa yang mau dipakai untuk Web anda.Shopify telah menyediakan beratus-ratus template Web yang siap dipilih. Oleh itu seseorang yang menggunakan shopify tidak memerlukan kemahiran teknikal kerana semuanya sudah tersedia.

Shopify terkenal di kalangan usahawan internet Malaysia terutama sekali otai-otai dropship sebab itu muncul panduan yang dikanali shopievo langkah-langkah setup shopify dan menjana pendapatan di internet.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang ciri-ciri shopify, anda boleh menonton video pengenalan shopify melalui website mereka. Untuk makluman awal, ia bukan percuma. Harga yang ditawarkan dalam RM46 sebulan.

0 comments:

Post a Comment