Tuesday, July 19, 2016

// // Leave a Comment

Ilmu


Mengambil pandangan-pandangan daripada mereka yang berjaya sebagai usahawan internet, tidak kira jenis keusahawanan internet yang diceburi lalu saya aplikasikan bagi membolehkan saya terus menambah pendapatan sampingan saya sebagai pemasar affiliate...Kini berjinak-jinak pula menjana pendapatan dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di pasar minggu.

Tiada jalan pintas untuk berjaya. Lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang praktikal dan terkini. Dunia berubah dengan begitu pantas dengan Internet dan juga media sosial. Sekiranya kita lewat dan lambat mencari ilmu, pastinya kita akan ketinggalan dengan pesaing. Kita sering dengar keluhan usahawan perniagaan semakin susah, ekonomi yang down, pelanggan tidak membeli dan pelbagai lagi keluhan. Sebenarnya tidak ada apa masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan ILMU. Jangan ego dalam mencari ilmu dan menganggap kita tahu segala-galanya.

Walaupun saya telah menjalankan keusahawanan internet sebagai pemasar program affiliate lebih 8 tahun kini, tetapi saya masih lagi dahagakan ilmu untuk memperbaiki diri. Jangan ego pada ilmu tetapi rendah diri dengan ilmu. Kini saya sedang menimba ilmu dalam menjalankan perniagaan offline yang tidak memerlukan model besar tetapi agak menguntungkan.

Masalahnya adalah apabila kita rasa kita sudah berilmu, dan ilmu yang kita ada cukup. Sekiranya cukup, persoalannya adalah mengapa kita masih di takuk lama? Tidak kira di mana kedudukan kita kini, mengapa ada yang mencapai lebih dari kita? Sekiranya perniagaan kita tempatan dan ingin membawanya ke luar negara ertinya ilmu yang kita miliki tidak cukup lagi. Jawapannya adalah, dahagakan ilmu, tambahkan ilmu, buang perasaan ego dan tanamkan sikap rendah diri pada ilmu.

sekiranya anda ingin mencari ilmu dalam memulakan perniagaan pertama anda, atau mengembangkan perniagaan sedia ada anda ke tahap yang lebih tinggi, sertai saya bersama-sama mencari ilmu dalam menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan tetapi sangat menguntungkan.

0 comments:

Post a Comment