Monday, July 4, 2016

// // Leave a Comment

Menjana pendapatan program affiliate Lazada atau Zalora melalui InvolveAsia

Menjana pendapatan program affiliate Lazada atau Zalora melalui InvolveAsia

Bercakap tentang program affiliate Lazada atau Zalora, rasanya semua sudah tahu kerana sudah banyak blogger yang menulis tentang program affiliate dengan Lazada dan Zalora. Saya sendiri pernah menulis secara ringkas tentang menjana pendapatan melalui program affiliate di Lazada. Bagi yang belum menyertai program affiliate Lazada atau Zalora, masanya sudah tiba bagi anda untuk menyertainya kerana trend rakyat Malaysia membeli belah secara online semakin membanggakan. Jangan tunggu esok kerana masa itu tidak boleh dimundurkan...

Bercakap tentang menyertai program affiliate, Pada kebiasaannya apabila menyertai program affiliate seperti lazada, affiliates akan ke portal Lazada kemudian melengkapkan borang online di protal Lazada. Kemudian mahu menyertai lagi program lain seperti Zalora kena melayari laman web Zalora untuk melengkapkan borang online yang disediakan oleh Zalora. Ini bermakna apabila anda menyertai program affiliate kedua-dua merchant ini, affiliates kena melayari kedua-dua website ini. Program affiliate antara Lazada dan Zalora adalah di platform yang berbeza dimana program affiliate Lazada di hasoffer sementara Zalora pula di cj.Com. Jadi apabila hendak mempromosikan produk lazada dan zalora affiliates kena login di hasoffer untuk mendapatkan tools lazada kemudian login pula ke cj.com bagi mendapatkan tools Zalora. Kadang-kadang ia sangat melecehkan. Masih ingat bagaimana platform Ashadee.com pada suatu ketika dahulu yang begitu mesra kepada affiliates? Ya, affiliates tidak perlu membuka banyak akaun untuk menyertai program affiliate. Labih mudah jika buka satu akaun affiliate untuk mempromosi pelbagai merchant yang ditawarkan.

Hari ini saya kongsikan kepada anda kebaikan mendaftar affiliate Lazada dan Zalora melalui involveasia. Mendaftar dengan involveasia amat memudahkan para affiliates. Ini adalah kerana terdapat banyak merchant yang bernaung dengan mereka seperti Lazada, Zalora, perhotelan dan banyak lagi. Affiliates hanya buka satu akaun untuk mempromosikan pelbagai perkhidmatan, tidak perlu lagi login sana sini bagi mendapatkan tools pemasaran. Malah affiliates dapat melihat komisyen yang dihasilkan daripada pelbagai merchant yang dipromosikan.

Ingat klikjer atau ashadee, begitulan involveasia. Anda juga mungkin salah seorang pencinta platform ashadee pada suatu ketika dahulu. Platform yang diurus oleh InvolveAsia sangat banyak manfaat daripada keburukannya malah buat masa ini saya tak nampak lagi keburukan platform affiliate ini. Jika anda juga merupakan seorang yang mahu memudahkan urusan dalam pengurusan affiliate, saya sarankan anda menyertai involveasia.

Bagaimana Menyertai InvolveAsia?

Bagi membuka akaun di InvolveAsia tidaklah susah sangat. Bagaimana anda menyertai program affiliate di Lazada? begitu juga cara membuka akaun di InvolveAsia. Bagi membuka akaun di InvolveAsia anda terus ke InvolveAsia kemudian lengkapkan maklumat yang disediakan. Untuk makluman anda, permohonan anda sama seperti program affiliate Lazada iaitu mengambil masa beberapa hari untuk akaun anda diaktifkan.

Setelah akaun anda diaktifkan, teruskan usaha mempromosi produk yang ditawarkan. Salam maju jaya.

0 comments:

Post a Comment