Thursday, August 18, 2016

// // Leave a Comment

Kepentingan dan kelebihan blogspot to minisite


BS2MS atau Blogspot To Minisite adalah satu pakej template blogspot untuk menukar template asal blogspot anda ke template yang lebih menarik. Perkara yang lebih menarik ialah sudah tentu anda tidak perlu lagi mereka bentuk template sendiri. Ini dapat membantu mengurangkan tenaga anda serta menyelesaikan kebuntuan terutama sekali bagi yang tidak tahu mereka bentuk template blogspot.

Dengan mendapatkan template Blogspot To Minisite ini,  anda mampu membina dan memiliki landing page sendiri sama ada squeeze page ataupun minisite jualan dengan hanya dengan beberapa langkah mudah sahaja. Bukan itu sahaja.. Anda juga boleh 'customized' header untuk memenuhi tema minisite anda.

Apa itu minisite
Persoalan ini banyak dibahaskan oleh kebanyakan blogger iaitu maksudnya sendiri dan kelebihan memiliki minisite. Minisite adalah salah satu jenis atau konsep laman web yang terdapat di internet.

Minisite atau boleh juga dipanggil sebagai laman web mini yang ringkas, dan kebiasaannya digunakan sebagai web jualan. Tujuan utama minisite ini digunakan adalah untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan secara fokus. Lazimnya satu produk dipasarkan untuk satu minisite dengan penerangan produk secara terperinci serta review daripada pengguna produk tersebut.

Selain daripada tujuan menjual, minisite juga digunakan untuk menyalurkan sesuatu maklumat dan mengumpul prospek dengan menawarkan khidmat melanggan maklumat, info atau tips niche tertentu melalui email.

Kepentingan Memiliki Minisite
Terdapat banyak strategi boleh digunakan untuk mengiklankan produk anda di internet. Antara opsyen yang boleh diterima pakai ialah mempromosi produk menggunakan minisite. Salah satu faedah menggunakan minisite untuk memasarkan produk anda di internet ialah anda dapat memaparkan penerangan dengan lebih jelas mengenai produk anda.

Membuat minisite susah
Usahawan internet mengetahui kehebatan minisite bagi memasarkan produk mereka secara berfokus. Namun bukan semua usahawan mampu membuat minisite kerana ia memerlukan kemahiran teknikal. Masalah ini dapat diatasi dengan mendapatkan template yang sudah sedia digunakan.

Blogspot To Minisite Mampu Membantu Anda
Blogspot To Minisite boleh membantu anda menghasilkan Minisite jualan tanpa perlu mengupah orang lain. Template yang ditawarkan pula sangat menarik malah ia kelihatan sangat Pro.

Kelebihan Blogspot To Minisite
Blogspot adalah percuma sudah tentu anda tidak perlu menyewa hosting. Anda hanya membeli domain bagi tujuan menampakkan jenama anda sendiri. Selain tidak perlu menyewa hosting, terdapat banyak lagi Sebab-Sebab Kenapa Anda Mesti Memilih Blogspot.

Demo
Klik link di bawah untuk melihat demo template Blogspot To Minisite.

http://my.projualan.com/bs2ms/moreinfo

0 comments:

Post a Comment