Friday, March 31, 2017

// // Leave a Comment

Apa itu affiliate?

Sudah ramai blogger memperkatakannya. Sudah ramai yang tahu tentang affiliate. Sudah ramai yang hidup senang kerana affiliate. Sudah banyak program affiliate di Malaysia yang bersedia memberikan kesenangan kepada pesertanya. Soalnya sudahkah anda bersedia menjana pendapatan melalui affiliate?

Program affiliate adalah percuma tetapi menuntut ilmu menjadi pakar pemasar affiliate memerlukan pengorbanan. Umpama anda menuntut ilmu di universiti, sedikit input akan diberikan oleh pensyarah, selebihnya anda kena cari sendiri. Ada yang sudi berkongsi teknik ampuh menjana pendapatan melalui affiliate tetapi ia bukanlah percuma.

Apa itu affiliate?

Kita menjadi agen kepada saudagar dan bantu mereka promosi produk mereka. Sebagai contoh program affiliate Lazada Group. Sebagai agen affiliate, kita tidak perlu simpan stok. Lebih tepat tidak ada produk sendiri. Sebagai agen, bantu mereka promosi. Jika dapat menghasilkan jualan melalui link affiliate, agen akan dapat komisyen. Jumlah komisyen bergantung kepada yang ditetapkan oleh saudagar.

Sebagai agen affiliate, agen tidak perlu risau tentang pengurusan produk seperti penghantaran dan menjawab itu ini daripada prospek. Tugas agen hanya bawa prospek ke halaman produk. Setakat situ sahaja. Tak perlu risau layan pelanggan seperti dropship.

Bagaimana income agen affiliate?

Bergantung kepada usaha anda dalam mempromosi produk yang anda hendak promosi. Walau bagaimanapun usaha lebih tidak berbaloi jika ilmu pemasaran tidak ada. Jika agen affiliate mempunyai ilmu yang betul dalam memasarkan affiliate, tidak mustahil agen menjana pendapatan secara konsisten. Ramai orang hidup senang hanya promosi produk orang lain atau hanya sebagai agen affiliate. Jika agen affiliate sudah mencapai ilmu yang dikatakan super affiliate, tidak mustahil agen mampu menjana pendapatan sehingga 4 ke 5 angka sebulan.

Betulkah?

Betul, agen affiliate boleh menjana sehingga 4 hingga 5 angka jika ada ilmu yang betul. Macam belajar di U boleh dapat 3.8 kalau ada ilmu kata Ahmad Maslan. Rujuk gambar di bawah.

Program affiliate di Malaysia


Dimana dapatkan panduan pemasaran affiliate?

Tanya uncle google anda akan mendapat jawapannya tetapi kebanyakan yang dikongsikan cuma asas sahaja. Jika agen menggunakan ilmu asas sedangkan orang lain menggunakan teknik super sudah tentu agen yang guna teknik asas akan tenggalam. Boleh jadi tak akan dapat apa-apa pun. Rugi saja jadi agen affiliate.

Mahu jadi super kena berkorban. Seperti yang saya katakan awal-awal tadi teknik super kena bayar sebab yang menjual pun agen affiliate tidak mahu kehilangan komisyen begitu sahaja jika teknik mereka dikongsikan secara percuma.

Jika anda seorang yang benar-benar mahu menjadi super affiliate menjana pendapatan sehingga 4 ke 5 angka setiap bulan, belajarlah dengan mereka yang terbukti berjaya dalam pemasaran affiliate seperti yang terkandung dalam Rakaman Kelas Online Raja Affiliate oleh RK.

Semoga bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment