Tuesday, March 14, 2017

// // Leave a Comment

Jana Pendapatan Lumayan Dengan Bisnes T-Shirt

Tahun 2017 adalah tahun untuk semua usahawan internet tidak menumpukan bisnes jualan ebook, affiliate dan adsense semata-semata. Saya tak menafikan bahawa kesemua sumber pendapatan di atas memberikan keuntungan yang lumayan untuk menjana pendapatan di internet.

Tapi jangan sampai kita tidak nampak peluang-peluang lain yang terbuka luas untuk diceburi bagi menjana pendapatan lumayan di internet atau di pasar malam dengan cara yang betul.

Sejak kebelakangan ini keadaan ekonomi Malaysia tidak menentu. Kadang naik harga petrol, gula dan pelbagai kenaikan harga barangan lain. Perlukah kita hanya sekadar mengeluh akan kenaikan ini atau berusaha lebih gigih lagi bagi menampung kos kenaikan? Mengeluh sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Tahun ini adalah tahun  untuk mencuba satu bisnes baru yang belum anda teroka iaitu bisnes yang mempunyai potensi yang besar dan sentiasa  mendapat sambutan. Bisnes yang dimaksudkan ialah bisnes t-shirt printing.

Mengapa anda juga perlu memulakan bisnes T-Shirt  printing ini?

1) Ramai lagi yang masih tidak sedar akan  peluang bisnes t-shirt printing ini. (Kurang saingan)
2) Tidak perlu simpan stok dan tidak perlu beli mesin cetak baju.
3) Boleh dilakukan secara part time dan senang nak uruskan.
4) Bisnes ini tidak akan tepu kerana sentiasa mempunyai permintaan tidak mengira musim.
5) Senang dapat untung.. dan yang penting, bisnes ni memang takkan rugi…

Peluang besar Bisnes T-Shirt telah dikongsikan oleh saudara Hafizi Zain, merupakan seorang usahawan t-shirt yang sudah berpengalaman  dalam menjalankan bisnes ini dan mampu menjana pendapatan hasil jualan T-Shirt sehingga 6 angka sebulan.

Untuk berjaya dalam bidang yang hendak diceburi, kita perlu belajar daripada mereka yang berilmu dalam bidang yang handak dipelajari. Tutorial atau tunjuk ajar yang betul akan membolehkan kita berada di landasan yang betul tanpa banyak membuang masa.

0 comments:

Post a Comment