Sunday, March 12, 2017

// // Leave a Comment

Teknik video SEO

Salam hormat dari rahsiacyber.

Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Artikel saya kali ini tentang teknik pemasaran video seo. Artikel saya tulis ringkas saja. Lagi ringkas lagi bagus asalkan anda dapat memahaminya. Ayat berjela-jela buat anda bosan sahaja membacanya.

Pemasaran teknik video seo ni ramai orang tahu ia boleh membantu dalam memasarkan bisnes online dengan kos yang paling minimum. Sebab itu mereka yang ingin tahu teknik video seo belajar dengan mereka yang tahu. Sudah tahu terus aplikasi. Tidak hairan lepas beberapa minggu ada yang melonjakkan pendapatan. Bagi yang belum tahu kelebihan teknik video seo sekali lagi saya ulang tulis teknik video seo ini dapat membantu dalam memasarkan bisnes internet anda.

Bisnes saya cuma program affiliate dan adsense. Ini bermakna pendapatan sampingan saya di internet ialah affiliate dan adsense. Video yang ramai pengunjung, income adsense melonjak. Begitu juga dengan komisyen affiliate jika video yang anda buat berkaitan dengan produk yang anda pasarkan.

Kisah dulu-dulu..

Sebelum belajar pemasaran video paparan video yang saya buat tidak sampai 500 view walaupun sudah berbulan diupload. Kemudian saya terjumpa pemasaran video. Tanpa fikir panjang saya dapatkannya lagipun ada jaminan wang dikembalikan jika teknik yang dibagi tidak berbaloi untuk saya. Baru-baru ni saya dapati laman jualan tersebut sudah tak lagi aktif. Dalam hati mungkin semua orang sudah mendapatkan pemasaran video.

Semalam saya menjumpai ayat yang sama tetapi nama ada lain sikit iaitu teknik video seo. Nama beza sikit saja tapi kandungan sama, penulisnya pun sama. Sebelum ni tema merah, kini tema biru. Saya anggap ia sebagai penjenamaan semula. Harap saya tidak salah..

Kisah selepas mendapatkan pemasaran video..

Saya merupakan pemasar program affiliate. Pantang jumpa program affiliate terus rembat. Orang cakap nanti tak fokus tapi saya join. Hanya buat video, upload, aplikasi teknik seo kemudian lupakan. Mujurlah saya sudah belajar teknik seo yang diselit dalam pemasaran video yang saya peroleh. Jika anda menjana wang adsense dengan video, income anda sudah berganda sebenarnya iaitu komisyen affiliate dan adsense.

Video anda sangat bernilai..

Mengapa tidak kongsikan video anda sewajarnya atau sudah dikongsikan tapi umpama main sorok-sorok!. Katakan anda pergi melancong, ambil video, upload dan aplikasi teknik video seo. Letak link hotel affiliate kemudian lihat hasil dalam beberapa minggu. Jangan lupa aktifkan monetize adsense supaya anda mendapat duit adsense apabila ada orang klik iklan adsense di video anda. Anda sudah mendapat dua keuntungan untuk satu video...

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment