Saturday, April 22, 2017

// // Leave a Comment

Beli Bitcoins daripada eWallet LUNO

Saya tidak tahu sangat tentang Bitcoin tetapi saya begitu tertarik dengan bitcoin apabila terbaca dalam buku ekonomi palajar tingkatan 4. Seperti anda yang berasa bingung dengan tentang bitcoin, pada mulanya saya juga bingung tentang bitcoin padahal ia sangat mudah untuk difahami jika kita cuba untuk memahaminya.

Ada orang beranggapan bitcoin itu emas digital atau emas 2.0.

Bitcoin (BTC) adalah revolusi mata wang digital baru dan rangkaian pembayaran yang mengubah cara orang melihat dan menggunakan wang.

Ia wujud hampir sepenuhnya di internet dan tidak terbentuk pada apa-apa fizikal. Pembayaran adalah ‘peer-to-peer’ (P2P), bermakna mereka hanya melibatkan pihak-pihak yang menjalankan transaksi, tanpa memerlukan apa-apa kuasa pusat tunggal (seperti bank).

Semua urus niaga Bitcoin direkodkan secara kekal pada lejar awam yang boleh dilihat yang dipanggil ‘blockchain’. Salinan blockchain itu wujud di setiap node dalam rangkaian Bitcoin.

Bitcoin boleh digunakan oleh sesiapa sahaja di dunia, pada bila-bila masa, dengan akses kepada komputer atau telefon pintar yang disambung internet. Pengguna boleh menghantar atau menyimpan bitcoin dengan aplikasi perisian yang dikenali sebagai ‘Wallet’, atau menyimpan mereka sepenuhnya di luar talian di atas kertas atau dalam wallet berasaskan perkakasan (lihat bahagian Wallet untuk maklumat lanjut.

Bagaimana mendapatkan Bitcoin?

Beli bitcoins melalui mana-mana aplikasi ewallet. Antara wallet yang paling mesra pengguna di Malaysia ialah Luno kerana ia berhubung dengan bank tempatan. Ini memudahkan anda untuk melakukan penambahan dana dan mengeluarkan dana terus ke bank anda.

Jika akaun anda mempunyai dana, beli bitcoin melalui Luno. Tunggu sehingga nilai bitcoin naik kemudian jual semula. Anda juga boleh menambah bitcoin anda dengan cara melombong bitcoin. Saya melombong di hashing24  dan genisis-mining. Ini merupakan website yang sangat dipercayai namun kena tunggu tawaran sewaan alat melombong jika ada. Berminat, sila klik banner yang saya tampal di sebelah kanan tu..huhuu.

Cara buka akaun ewallet di Luno

Pergi ke halaman Luno kemudian klik signup. Lengkapkan borang yang diminta iaitu email dan mencipta password dengan kombinasi huruf besar, kecil dan nombor. Anda boleh mendaftar melalui website Luno atau memuat turun aplikasi luno di play store bagi android dan App store bagi iphone kemudian daftar.

Paling penting jaga baik-baik pin 4 digit yang anda masukkan sebagai keselamatan kerana ia diperlukan setiap kali anda melakukan transaksi. Bukan 4 digit yang dihantar di emel anda ya...

Setelah daftar lakukan verifikasi pengenalan diri bagi memudahkan urusan anda. Kemudian lihat dibahagian promotions, masukkan kode VGTSK supaya anda diberi bonus sebanyak RM5 secara percuma apabila anda membeli bitcoins.


Sekian dan selamat menjana pendapatan dengan Bitcoins.

0 comments:

Post a Comment