Tuesday, April 4, 2017

// // Leave a Comment

Jana pendapatan dengan Qoo10

Qoo10  adalah platform e-dagang dalam talian yang berpangkalan di Singapura.Ia mempunyai tujuh platform dalam talian setempat di 6 buah Negara dalam Asia seperti Malaysia, Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan Indonesia.

Qoo10 dikenali sebagai laman web e-dagang dalam talian No.1 di Singapura dengan kedudukannya sebagai peneraju pasaran yang terbesar. Di laman web Qoo10, mereka berjanji untuk menyatukan dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada pembeli dan penjual di seluruh Asia dengan pengalaman perdagangan yang menakjubkan.Mereka juga berjanji akan mengubah budaya membeli-belah dan memupuk perhubungan yang baik diantara kedua-dua pihak.

Qoo10 membolehkan penjual menjual apa sahaja barangan kecuali barangan yang mengelirukan, barangan-barangan yang palsu,barangan larangan seperti senjata dan lain-lain lagi.Apa-apa saja boleh didapati di Qoo10, dari produk kecil sampailah produk yang berjenama seperti barangan-barangan fesyen, produk kecantikan,barangan-barangan elektrik,produk kanak-kanak dan banyak lagi.

Kini,ia telah menjadi satu kegemaran kepada orang ramai untuk membeli-belah dalam talian dengan cara mudah dan senang. Akan tetapi,Tahukah Anda Qoo10 bukan saja membolehkan anda membeli-belah dalam talian malah anda boleh menjana pendapatan pasif anda dengan Qoo10.

Cara menjana pendapatan dengan Qoo10

Anda menjana pendapatan dengan Qoo10 sama ada sebagai penjual atau agen affiliate. Di sini saya bercerita tentang menjana pendapatan di Qoo10 sebagai agen affiliate sebab lebih mudah menjadi agen affiliate berbanding sebagai penjual.

Jika anda masih baru dan belum lagi mengenali Affiliate,pasti anda tertanya-tanya, Apa itu Affiliate?

Secara ringkasnya, affiliate adalah satu program dimana anda menjadi agen jualan dan diberi sejumlah komisen apabila seseorang membeli untuk mendapatkan produk hasil daripada promosi yang anda lakukan melalui link affiliate anda.

Affiliate bermaksud "Agen Pemasaran" atau selaku orang tengah yang membantu untuk mempromosikan produk pihak lain.

Bagaimana cara menyertai program affiliate Qoo10?

Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa Qoo10 menawarkan program affiliate bagi membantu blogger menjana pendapatan sampingan. Untuk menyertai program affiliate Qoo10 tidaklah susah. Seseorang itu hanya diminta mengisi borang permohonan menjadi agen affiliate secara online. Sebaik permohonan anda diluluskan, anda bebas melakukan promosi setiap produk yang dipasarkan di Qoo10.

Cara mempromosi produk di Qoo10

Terdapat banyak cara mempromosi Qoo10 kepada bekal pembeli. Antaranya menyewa tapak pengiklanan. Saya cadangkan bina blog sendiri kemudian letakkan banner Qoo10 di blog anda. Terpulanglah jenis blog yang anda mahu buat sama ada blog percuma atau berbayar. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, belajar dengan mereka yang lebih pakar dalam pemasaran affiliate.

Teknik pemasaran yang sesuai

Teknik yang paling banyak mendapat jualan ialah dengan melakukan review produk yang terdapat di Qoo10. Pastikan anda melakukan review produk yang paling banyak mendapat sambutan.

0 comments:

Post a Comment