Monday, April 17, 2017

// // Leave a Comment

Program Affiliate Malaysia 2017

Buat duit dengan affiliate sangat bagus. Kita tidak perlu susah-susah berhadapan dengan segala pertanyaan pelanggan produk. Biarlah tuan punya produk yang menjawab kesemua soalan daripada pelanggan. Sebagai affiliate, kita cuma join affiliate, bantu promosi, kalau berjaya buat jualan, kita dapat komisyen. Banyak jualan maka banyaklah juga komisyen kita dapat.

Mahu jadi affiliate jangan jadi agen affiliate yang biasa-biasa saja. Alang-alang mahu menjana pendapatan dengan affiliate, biar dapat komisyen banyak. Kalau masih belum berjaya menjana pendapatan dengan affiliate Rahsia Affiliate Power bersedia membantu anda.

Jangan tunggu esok atau lusa. Lepas baca terus join. Jika mahu komisyen lebih terus belajar daripada mereka yang bergelar sifu affiliate. Baiklah, ini adalah senarai program affiliate 2017 iaitu sambungan daripada artikel sebelum ini iaitu Program Affiliate 2016 yang saya kira sangat menarik untuk anda sertai.

1. Formula Income Seumur Hidup - Zamri Nanyan
Untuk menyertai program ini, anda kena daftar dahulu melalui borang yang mereka sertakan. Tujuannya adalah supaya anda akan dapat menerima update tentang produk mereka dari semasa ke semasa supaya agen mengetahui perkembangan produk mereka. Menariknya program affiliate ini, ia ada dua level bermakna anda akan mendapat komisyen jika level kedua berjaya melakukan jualan. Layari laman web formulaincomeseumurhidup.com/jv untuk mendaftar.

2. Involve Asia
Ada banyak produk yang bersedia untuk dipromosi di sana. Daripada barang keperluan harian, Perhotelan, Penerbangan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut baca artikel saya yang terdahulu iaitu Menjana Pendapatan Dengan Involve Asia.

3. 8Share
Jika anda kaki facebook, anda wajib menyertai program ini. Cara menjana pendapatan dengan program ini ialah anda akan mendapat bayaran apabila anda share produk mereka kepada orang lain. Komisyen rendah tetapi potensi untuk menjana pendapatan yang banyak sangat cerah. Setiap klik hasil perkongsian anda akan mendapat bayaran. Bayangkan kalau semua pengikut facebook anda mengklik iklan anda yang anda kongsi? Baiklah untuk join program ni layari 8Share.

Untuk kali ini cukup tiga dahulu supaya anda fokus melakukan pemasaran affiliate. Saya akan sambung pada akan datang untuk program affiliate lain.

0 comments:

Post a Comment