Monday, June 19, 2017

// // Leave a Comment

Kad debit bitcoin

Kad debit bitcoin merupakan cara yang paling mudah untuk menggunakan bitcoin di serata dunia.

Kad debit bitcoin ialah kad pra-bayar. Ia merupakan cara paling mudah untuk menukar bitcoin ke dalam mata wang seperti US Dollar, British Pounds, atau Euro untuk pembelian dan penggunaan seharian. Seperti kad debit yang lain yang anda peroleh di bank tempatan, ia datang dengan empat maklumat penting iaitu nama pemegang kad, nombor kad, tarikh luput kad, dan kod CVV (untuk verifikasi). Biasanya kad debit bitcoin datang dengan Visa atau Mastercard.

Kad debit bitcoin sangat berguna. Ia memberikan pengguna kebebasan untuk memilih lebih banyak tempat untuk berbelanja menggunakan mata wang bitcoin. Sehingga 2015, hanya 100,000 kedai di seluruh dunia menerima bitcoin sebagai kaedah bayaran. Dengan kad ini, anda boleh berbelanja bitcoin di mana-mana yang menerima Visa atau Mastercard – lebih 50 juta kedai dan ATM di seluruh dunia!

Cara menggunakan kad debit bitcoin

Anda boleh menggunakan kad plastik sama seperti kad bank. Gun untuk membeli belah di kedai atau mengambil wang di mesin ATM seperti biasa. Ia datang dengan cip dan nombor PIN.

Kad maya atau virtual card boleh digunakan dengan menaip informasi seperti nama pemegang kad, nombor kad, tarikh luput kad, dan kod CVV semasa membuat pembelian dalam talian. Kad maya tidak boleh dipakai di luar talian seperti mengambil wang di mesin ATM, kerana ianya tidak mempunyai cip atau nombor PIN.


Jenis-jenis kad debit bitcoin

Kad debit bitcoin ada dua jenis: plastik dan maya (virtual). Servis yang diberikan adalah berbeza mengikut syarikat masing-masing. Contohnya, Wirex adalah satu-satunya (pada masa menulis) kad debit bitcoin yang juga kad dua-arah. Maksudnya, anda boleh beli and jual bitcoin dengan menggunakan kad Wirex, manakala kad debit bitcoin lain cuma membolehkan anda menjual bitcoin.

Cara mendapatkan kad debit bitcoin

Anda boleh mendapatkan kad debit bitcoin dari syarikat-syarikat seperti Wirex. Proses aplikasi mungkin berlainan. Dengan Wirex, anda boleh mendapatkan kad maya dan kad plastik dari komputer atau dari Wirex app.

Ciri-ciri kad Wirex
  • Maya dan plastik — Pengguna boleh mendapat kedua-dua jenis kad pada masa yang sama. Maya adalah kad Visa, manakala plastik adalah kad MasterCard.
  • Khidmat pengguna — Mempunyai sokongan dalam bahasa Malaysia
  • Perbankan mobil  — Gunakan Wirex app untuk senang buat transaksi di mana jua
  • Intergrasi BitGo Instant — Dapatkan penghantaran bitcoin dengan serta-merta tanpa menunggu 30+minit untuk konfirmasi
  • Sekuriti tinggi — Gunakan 2FA (two-factor authentication), multi-sig, dan konfirmasi secara email
  • Bitcoin>Matawang serta-merta  — Tukar bitcoin ke matawang tanpa menunggu lama!
  • Kad dua-arah — Beli dan jual bitcoin dengan kad yang sama.


Sumber : wirexapp.com

0 comments:

Post a Comment