Saturday, July 8, 2017

// // Leave a Comment

Jom melombong bitcoin


Pertama sekali saya nyatakan saya bukan pakar dalam melombong bitcoin. Saya cuma melakukan seperti panduan yang terdapat di youtube dan sumber daripada rakan-rakan yang boleh saya katakan mempunyai pengetahuan luas dalam melombong bitcoin, dan pengalaman saya melombong bitcoin dengan syarikat yang saya nyatakan. Segala yang saya tulis di sini bukan panduan.

Kali pertama menyertai aktiviti melombong bitcoin, rasa seram pun ada sebab takut kehilangan wang yang dilabur. Namun apabila difikir-fikir, dengan modal USD20 tidak akan membuatkan saya terjun dari bangunan tinggi walaupun kehilangan wang tersebut. 

Melombong bitcoin kini antara cara saya menjana pendapatan di internet walaupun pendapatan hasil aktiviti melombong tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya ada sumber pendapatan pasif.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu bitcoin. Jika anda rajin menggoogle, anda akan mendapat jawapan persoalan anda. Secara ringkasnya bitcoin merupakan mata wang digital yang boleh diterima di kebanyakan negara. Saya membayar domain saya di namecheap dengan menggunakan bitcoin.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara mendapatkan bitcoin. Antaranya anda boleh membeli bitcoin di Luno atau mana-mana tempat jual beli bitcoin. Di Luno, anda boleh depositkan wang terus dari bank anda kemudian beli bitcoin yang ditawarkan. Anda juga boleh mendapat bitcoin apabila anda menerima bitcoin hasil aktiviti tertentu. Melombong bitcoin sudah tentu cara yang terbaik untuk mendapatkan bitcoin.

Melombong bitcoin bukan sama seperti melombong emas atau tembaga. Melombong bitcoin memerlukan komputer dan perisian tertentu. Itu yang saya faham di laman web tempat saya melombong bitcoin.

Anda boleh memasang alat melombong di komputer anda atau menyewa daripada sumber lain yang menyediakan perkhidmatan melombong bitcoin.

Kebanyakan pelombong bitcoin yang saya kenal lebih gemar menggunakan perkhidmatan syarikat yang menyediakan perkhidmatan melombong bitcoin dalam talian "cloud mining". Kita hanya perlu sewa sahaja kuasa perlombongan untuk mendapatkan bitcoin. Namun kena hati-hati kerana ada banyak laman web yang bersedia melesapkan bitcoin anda, yakni scam.

Dua laman web yang menyediakan perkhidmatan melombong bitcoin yang boleh dipercayai iaitu Genesis Mining dan Hashing24. Anda boleh melihat prestasi kedua-dua website ini di badbitcoin.org . Di situ anda akan melihat webiste yang scam dan yang bukan scam.

Sekiranya anda berminat untuk melombong bitcoin  di genesis mining, bolehlah membuka akaun melalui link saya di bawah dan memasukkan kod promosi : rC9Nij untuk mendapatkan potongan harga.


atau di Hashing24 Kod Promosi : 

Untuk melombong bitcoin sila layan di youtube cara-cara melombong.

Peringatan : Kalau ragu-ragu, saya nasihatkan jangan join. Simpan wang anda di ASB.

0 comments:

Post a Comment