Pemasaran affiliate melalui video sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai blog. Ini bermakna seseorang itu masih boleh menjana pendapatan melalui program affiliate dengan menghasilkan video.
Bagi memasarkan affiliate melalui teknik video, kandungan video mestilah ada kaitan dengan produk yang hendak di pasarkan. Sebagai contoh jika memasarkan bilik hotel, video yang dihasilkan tentu yang berkaitan tempat menarik.
Pemasaran affiliate melalui pemasaran video sememangnya banyak kelebihan. Orang lebih gemar menonton video daripada membaca. Lihat bagaimana orang Thailand memasarkan produk dengan video yang kreatif. Buat video sebenarnya mudah. Tidak perlu susah-susah cari perisian canggih untuk buat video. Dalam komputer peribadi anda sudah tersedia perisian buat video. Bagi yang ada telefon pintar, anda boleh merakam video mengikut kemahuan anda.
Masalah timbul video sudah siap tetapi tak tahu macam mana hendak memperalatkannya. Sebenarnya anda hanya perlu muat naik video anda di youtube. Tulis tajuk yang sesuai agar lebih mudah dikunjungi oleh pelayar youtube.
Di bahagian description, tulis sedikit maklumat yang berkaitan dengan video kemudian tinggalkan link affiliate. Jika sekiranya seseorang memerlukan perkara seperti yang anda iklankan, anda berpotensi dapat prospek. Sebagai contoh tempat menarik tadi, letakkan link hotel iaitu link affiliate anda. Jika ada yang menempah hotel daripada link anda, anda akan dapat komisyen.
Masalah timbul jika tidak ada sesiapa yang menjumpai video anda. Anda boleh mengetahuinya dengan melihat bilangan view video anda. Jika kurang pelawat bermakna potensi dapat jualan juga kurang.
Jika situasi ini menimpa anda, anda tidak perlu risau asalkan anda sedia belajar dan mengeluarkan sedikit modal untuk mendapatkan ilmu. Namun jika anda aplikasi ilmu yang anda pelajari, saya percaya anda akan mendapat lebih daripada modal yang anda laburkan.
Saya mencadangkan kepada anda agar mendapatkan panduan pemasaran video yang dihasilkan oleh saudara Azian. Panduan ini mengajar anda cara buat video sehinggalah cara mandapatkan traffik yang tinggi. Untuk makluman Azian merupakan pakar dalam pemasaran clickbank. Beliau juga memasarkan link affiliate melalui teknik video.
Post a Comment