Anda ada menyertai mana-mana program affiliate? Jika ada bagaimana pendapatan yang anda dapat selama menyertai mana-mana program affiliate? Pasang surut pendapatan melalui program affiliate itu perkara biasa. Langsung tidak menjana komisyen itu luar biasa. Sekiranya anda golongan yang tidak pernah terima komisyen, teruskan pembacaan mana tahu ia dapat membantu anda menjana pendapatan melalui affiliate.

Saya percaya anda merupakan golongan newbie iaitu yang baru bermula buat duit melalui affiliate. Mungkin sudah lama menyertai affiliate tetapi tidak pernah dapat komisyen.

Mengikut data klikjer.com yang menyediapak program affiliate, daripada 20,000 agen affiliate yang mendaftar dengannya hanya 200 orang sahaja yang berjaya menjana komisyen. Selebihnya tidak pernah menerima komisyen. Dalam kata lain gagal menghasilkan sebarang jualan.

Antara sebab utama kegagalannya adalah disebabkan, tiada ilmu serta skill yang betul di dalam menjalankan promosi sebagai affiliate. Mungkin sebab tidak tahu di mana mahu belajar ilmu berkenaan affiliate ini.

Jadi saya kongsikan kepada anda cara promosi link affiliate supaya anda berjaya melakukan jualan. Sila baca dengan teliti agar dapat memahaminya.

Sebelum promosi affiliate, adalah lebih baik anda kenal pasti siapa sasaran pelanggan anda. Sebagai contoh jika ada ahli dalam group yang meminta idea cara menjana pendapatan tambahan. Ramai yang berminat mencari pendapatan tambahan sebenarnya cuma kita terlepas pandang. Mereka yang bertanya jangan terus dibomm dengan link affiliate. Buat promosi cara lembut. Sebagai contoh tanya siapa yang mahu belajar bisnes makanan delivery atau siapa mahu belajar berniaga di shopee. Tentu rakan-rakan yang membaca ada semangat ingin tahu terutama mereka yang pernah mengajukan persoalan.

Teknik bertanya sangat berkesan. Jika ada yang komen atau meminta penjelasan dari anda bermakna mereka ada keinginan hendak tahu. Berikan link affiliate kepada mereka yang berminat. Mereka yang berminat menjana pendapatan tambahan sebagai contoh bisnes delivery atau berniaga di Shopee tentu akan membuat pembelian produk yang anda perkenalkan.

Mudah dapat jualan kan? Jangan promosi secara melulu. Tanya dulu, kemudian ada respon yang baik baru bagi link affiliate.

Sekaran cuba dulu satu cara ini kemudian perlahan-lahan buat channel sendiri.

Sejujurnya saya kurang melakukan promosi di facebook. Page pun tidak terurus sebab itu kurang like. Setahun mungkin tidak sampai 50 kali login. Saya lebih selesa melakukan promosi melalui channel telegram.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.



Post a Comment