Cara promosi link affiliate melalui artikel blog

By Kitblogmas Sunday, November 9, 2014

Jika sebelum ini saya ada menulis cara mudah promosi link affiliate secara berkesan, kali ini saya kongsikan pula cara lain melakukan promosi link affiliate. Jika anda menjana pendapatan melalui affiliate sebagai salah satu cara menjana pendapatan tambahan di internet, anda mungkin ingin tahu cara mudah mempromosikan sesuatu diblog anda . Ini adalah perkara yang paling sukar bagi kebanyakan agen affiliate yang baru bermula jana pendapatan melalui affiliate.

Kebanyakan yang baru bermula dalam keusahawanan internet gagal menjana pendapatan melalui program affiliate. Tidak melakukan sebarang jualan bermakna tidak ada komisyen diterima. Kemahiran melakukan pemasaran affiliate di blog khususnya melalui artikel sangat penting. Membawa pembaca ke halaman produk merupakan sasaran utama. Persoalannya sejauh mana kita berjaya membawa pembaca ke halaman produk?

Membawa orang lain ke halaman produk, begitulah  affiliate berfungsi. Anda kena usaha membawa traffik ke halaman produk. Jika berjaya melakukan jualan, maka anda berjaya dapat komisyen.

Berdasarkan kepada pengalaman peribadi, membawa pelanggan ke halaman produk  boleh dikatakan sukar jika tidak mendapat sebarang panduan. Kita boleh buat cuba jaya tetapi akan mengambil masa yang lama.

Promosi affiliate melalui blog


Jika anda menulis artikel diblog anda, cuba gunakan kata kunci yang dapat membawa traffik ke halaman jualan produk yang hendak dipromosikan.

Pertama anda cuba bercerita tentang pengalaman anda dalam menjana pendapatan melalui affiliate. Bermula dengan kegagalan yang anda tempuhi. Kemudian kejayaan-kajayaan yang anda nikmati menjana pendapatan melalui affiliate. Jangan lupa menceritakan  atau memberitahu bagaimana anda belajar sehingga mencapai kejayaan.

Mereka yang membaca pasti akan tertarik dengan pengalaman anda dan seterusnya cuba mengikut jejak kejayaan anda. Ceritakan pula tentang kenalan anda yang turut belajar menggunakan kaedah yang anda guna turut berjaya menjana pendapatan melalui internet.

Dalam hal ini adalah lebih bagus jika anda mempunyai halaman khusus ini bagi memudahkan anda membawa traffik ke halaman produk yang anda hendak promosikan. Rasanya ini merupakan cara yang mudah untuk membawa traffik.

Sebagai kesimpulan, teknik pemasaran affiliate itu sangat penting. Lakukan pemasaran cara lembut, mulus dan sederhana. Melakukan promosi secara melulu seperti meminta orang membeli akan buat orang berasa dipaksa. Jika anda sendiri yang kena buat begitu tentu rasa tidak senang.

Rahsiacyber

Rahsiacyber berusaha menyampaikan maklumat yang terbaik menjana pendapatan melalui program affiliate. Jangan lupa langgan kemaskini blog terus ke email anda.

No Comment to " Cara promosi link affiliate melalui artikel blog "