Berdasarkan perbincangan  dengan pakar-pakar ekonomi dan juga usahawan-usahawan Malaysia yang mempunyai pelaburan di dalam dan juga di luar negara, mereka memberikan pengamatan yang negara kita tidak lama lagi akan berdepan dengan situasi kegawatan ekonomi.

Pakar-pakar di Malaysia menganggarkan yang ianya akan berlaku kemungkinan sebelum berakhir tahun 2015.



Pakar-pakar di luar negara menganggarkan yang ianya akan berlaku kemungkinan pada tahun 2016.

Bila ianya akan berlaku secara tepat sama ada pada tahun 2015, 2016 atau 2017 tidak penting. Apa yang penting adalah kita membuat persediaan awal untuk menghadapinya.


Adakah anda masih ingat suasana di sekeliling anda sewaktu berlaku kegawatan ekonomi dahulu? Mungkin ada di kalangan pembaca yang masih lagi berada di bangku sekolah pada masa itu. Anda boleh bertanya kepada ahli-ahli keluarga anda yang sudah berumur untuk mengetahui situasi semasa itu.

Berikut adalah di antara perkara yang masih lagi saya ingat:

1. Banyak syarikat yang terpaksa "gulung tikar" dan ada pemilik yang diisytiharkan bangkrap kerana mempunyai terlalu banyak hutang.

2. Susulan daripada situasi pertama tadi, ramai pekerja yang terpaksa dibuang kerana tempat kerja mereka sudah tutup.

3. Peluang pekerjaan menjadi sempit untuk graduan yang baru menerima ijazah kerana mereka terpaksa bersaing mencari pekerjaan dengan orang lain yang telah menjadi mangsa pembuangan pekerja tadi.

4. Harga jualan hartanah melambung sangat tinggi sehingga sukar untuk orang-orang berpendapatan sederhana memiliki rumah.

5. Pihak bank mengenakan bunga pinjaman yang tinggi dan kelulusan peminjaman wang amat ketat.

6. Harga barangan meningkat sehingga mengurangkan kuasa beli orang-orang awam.

7. Ramai orang-orang persendirian yang jatuh muflis kerana mempunyai terlalu banyak hutang peribadi.

8. Nilai saham dan unit amanah jatuh merundum.

... dan terlalu banyak lagi kesan negatif yang lain.

Sekiranya diperhatikan situasi kita pada masa kini, sudah terlalu banyak tanda yang terdapat di sekeliling kita. Jika anda belum lagi merasakannya, cuba bermula esok anda perhatikan situasi di sekeliling anda. Cuba lihat apa yang digambarkan di dalam dada-dada akhbar. Saya yakin yang anda akan dapat melihat beberapa tanda yang kita sedang menuju ke arah Kegawatan Ekonomi. Mungkin bukan besok atau lusa ianya akan terjadi, tetapi pasti tidak lama lagi.


Persoalannya sekarang adalah apa yang boleh kita lakukan untuk menghadapi kegawatan ekonomi sekiranya ianya berlaku?

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan strategi defensive atau pertahanan iaitu mula berjimat, menyelaraskan semula gaya hidup kita atau dengan menyusun semula porfolio pelaburan kita.

Apa kata anda juga menambah strategi offensive atau menyerang di dalam persediaan anda!

Salah satu rahsia yang mungkin tidak anda ketahui adalah semasa berlaku kegawatan ekonomi, di antara bisnes yang paling berjaya dan terus menjana keuntungan walaupun dalam keadaan yang sukar itu adalah bisnes melalui Internet!

Apa jua bisnes yang dilakukan menerusi internet telah menunjukkan keuntungan yang berlipat kali ganda semasa situasi kegawatan ekonomi.

Inilah yang saya katakan sebagai strategi offensive. Daripada anda terus bersedih dan bersembunyi daripada dunia semasa berlaku kegawatan ekonomi, apa kata anda menjana keuntungan yang lumayan semasa terjadinya situasi tersebut!

Dalam pada itu, anda boleh melayari situasi kegawatan ekonomi dengan tenang berbekalkan duit tambahan yang anda perolehi melalui bisnes internet anda.

Sekiranya anda belum lagi memulakan langkah anda untuk berjaya sebagai seorang usahawan internet, inilah masanya untuk anda bermula. Biarlah anda bermula dari sekarang agar anda menjadi mantap dan bersedia apabila situasi kegawatan ekonomi benar-benar berlaku nanti.

Jika anda memerlukan short-cut atau laluan pintas untuk memulakan bisnes internet anda, maka anda perlu mendapatkan buku terkini saya iaitu buku Usahawan Makan Gaji kerana ianya akan dapat membantu anda menjana keuntungan 4 - 5 angka sebulan walaupun anda masih lagi bekerja sepenuh masa atau masih lagi menuntut.

Anda boleh mendapatkan buku hebat ini menerusi laman web penerbit saya di sini: Usahawan Makan Gaji.

Sehingga bertemu lagi dikesempatan yang lain..

Eruwan Garry : www.jejakusahawaninternet.com


Post a Comment