Salam hormat dan terima kasih atas kunjungan anda ke blog yang tak seberapa ini. Semoga kunjungan anda ke blog ini dapat memberikan sedikit informasi. Saya cuba menyampaikan maklumat sebaik mungkin.
Kali ini saya menjelaskan tentang cara buat duit di internet melalui program affiliate di Lazada Malaysia. Seperti yang diketahui semua, lazada merupakan pusat membeli belah dalam talian yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Apa tidaknya, setiap kali perayaan, lazada akan mengadakan jualan murah. Setiap kali perayaan semua orang akan tertumpu dengan lazada.
Lazada tidak boleh bergerak sendirian. Lazada memerlukan sepasukan agen yang disebut sebagai affiliate untuk menghebahkan Lazada. Sekurang-kurangnya membuat review produk yang dijual di Lazada. Adakalanya menghebahkan promosi yang ditawarkan oleh Lazada. Disitulah sebenarnya peluang untuk buat duit dengan Lazada.
Di Lazada terdapat lebih 30K jenis produk yang dijual memerlukan agen affiliate untuk mempromosinya. Anda adalah agen affiliate yang berpotensi mempromosi produk yang terdapat di portal Lazada.
Komisyen yang ditawarkan oleh lazada pula adalah 4% - 10% daripada harga produk yang berjaya terjual melalui link affiliate. Ia tidak berapa lumayan jika dibandingkan dengan komisyen produk digital. Namun jika dilihat daripada trend rakyat Malaysia kini yang lebih suka membeli belah secara online, potensi menjana pendapatan melalui program affiliate Lazada adalah sangat tinggi. Oleh itu jangan risau dengan peratus komisyen yang diterima.
Sebagai contoh saya promosi produk L'Oreal. Semua peringkat usia, jantina membeli produk L'Oreal. Walaupun komisyen rendah tetapi jika jualan tinggi maka komisyen terkumpul juga tinggi menggunung.
Menyertai program affiliate Lazada mudah sahaja. Penyertaan program affiliate Lazada juga percuma. Sebelum anda mengisi borang online untuk menyertai program affiliate di Lazada, anda sekurang-kurangnya sudah mempunyai blog. Ini adalah kerana pihak Lazada ingin tahu bagaimana cara dan dimana anda mempromosikan produk Lazada. Kalau tidak ada tempat melakukan promosi produk mereka, kemungkinan permohonan untuk menyertai program affiliate Lazada tidak di luluskan.
Sekiranya anda belum menyertai program affiliate Lazada, jangan lepaskan peluang untuk menyertainya di www.lazada.com.my/affiliate/signup. Tunggu beberapa hari permohonan anda diluluskan. Sebaik permohonan anda diluluskan buat review produk yang anda pernah beli di Lazada. Anda juga boleh meletakkan iklan banner di blog anda. Bagi mengelakkan akaun anda kena banned, elakkan daripada mengiklankan produk Lazada di facebook dan google adwords. Baca terma yang disediakan oleh pihak Lazada, perkara yang boleh dan tidak boleh buat.
Sebagai kesimpulan, buat duit dengan Lazada bukan cerita kosong. Saya sudah berkali-kali mendapat bayaran daripada Lazada. Cukup RM100 komisyen terkumpul pihak Lazada akan terus bayar.
Sekian untuk kali ini, salam maju jaya.
Post a Comment