Setiap kita yang yang menyertai mana-mana program affiliate sudah tentu mengidamkan komisyen yang lumayan hasil daripada melakukan promosi yang dilakukan terhadap produk tersebut. Sering kali kita menganggap program affiliate ini merupakan sesuatu yang ajaib kerana mampu menghasilkan pendapatan pasif yang lumayan walaupun hanya mempromosikan produk orang lain. Malangnya bukan semua affiliate berjaya menjana pendapatan yang lumayan malah ada yang langsung tidak pernah melakukan jualan. Pendek kata ada yang tidak pernah menerima komisyen daripada program affiliate yang disertainya.
Bagaimana ia boleh berlaku?
Saya bukanlah seorang yang hebat dalam pemasaran affiliate. Malah tidak pernah terkenalpun dalam ranking pemasaran affiliate tetapi masih bergembira dengan komisyen yang diterima. Saya menulis disini bukan untuk tatapan buat mereka yang sudah terkenal dalam pemasaran affiliate tetapi sebagai perkongsian buat mereka yang masih belum berjaya menjana pendapatan melalui program affiliate atau yang seangkatan dengan saya.Semoga perkongsian ini mampu mengubah tanggapan anda terhadap program affiliate selepas ini.
Perkembangan semasa ekonomi di Malaysia dan kecelikan pengguna dalam bidang IT menyebabkan program affiliate tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Zaman sekarang ini banyak bisnes dijalankan secara online dan seiring dengan itu, usahawan memerlukan seberapa ramai anggota tentera untuk memasarkan produk mereka dan tentera itu ialah affiliates.
Memasarkan produk affiliate tidaklah susah sangat jika sekadar membuka akaun kemudian meletakkan banner di blog tetapi sama ada ia berjaya menghasilkan jualan belum pasti. Menghasilkan jualan tidak semudah seperti yang disangkakan kerana masih ramai bala tentera lain yang turut melakukan promosi dan cara mereka mungkin lebig unik berbanding dengan cara yang kita lakukan. Oleh itu kita mestilah rajin meneroka dan membuat sedikit kajian agar dapat bersaing dengan affiliates yang lain. Mari kita lihat beberapa perkara yang menjadi kunci kepada kejayaan kita dalam pemasaran affiliate. Kalau tidak menjadi seorang jutawan pun sekurang-kurangnya dapat menampung bayaran bil elektrik yang digunakan oleh komputer semasa mengenaskini blog.
1. Blog yang unik
Kalau anda rajin berkunjung ke blog di kalangan mereka yang menjana ribuan ringgit melalui program affiliate, perasan tak bagaimana paparan di blog mereka ?. Kebanyakan blog usahawan yang berjaya tidak comot dengan iklan banner. Kebiasaannya satu atau dua sahaja iklan banner yang mereka iklankan. Apapun tujuan mereka yang berjaya dalam pemasaran affiliate menampal satu atau dua sahaja iklan banner di blog mereka perlu kita di tiru.Meniru perkara yang baik itu bukan satu kesalahan. Kemudian lihat pula kandungan blog mereka. Kebanyakannya menceritakan satu perkara sahaja iaitu berkaitan dengan buat duit di internet. Tidak ada usahawan affiliate yang berjaya menjadikan kandungan blog mereka seperti rozak atau pelbagai niche. Bagi yang terlalu ghairah akan mempromosikan pelbagai niche di blog yang sama. Sebagai contoh terjumpa program affiliate tentang buat duit di internet, maka join affiliate dan menulis tentang produk buat duit di internet. Terjumpa produk panduan buat kek, maka join affiliate dan menulis tentang produk panduan buat kek. Bayangkan jika anda menyertai program affiliate daripada pelbagai niche dan disumbat ke blog anda? Jadi apa niche blog anda?
2. Perbandingan Produk
Anda boleh membuat perbandingan produk yang mempunyai niche yang sama. Sebagai contoh panduan duit dengan instagram. Jika terdapat dua usahawan yang menghasilkan informasi berkaitan dengan buat duit dengan instagram, anda perlu melakukan perbandingan antara kedua-dua produk yang anda pasarkan. Ini lebih baik berbanding anda melakukan post yang berasingan. Ini adalah kerana, sama ada bekal pembeli memilih panduan instagram atau panduan insta, anda tidak akan mengalami apa-apa kerugian kerana ia merupakan kedua-dua affiliate yang anda sedang promosikan.
3. Dunia Viral
Perkara ini hangat diperkatakan malah terdapat banyak ebook informasi buat duit dengan facebook. Facebook merupakan kegilaan masa kini. Benda baik atau jahat akan tersebar ke seluruh malaysia dalam masa beberapa jam sahaja. Jika anda ada kebolehan menulis beberapa produk informasi, ini merupakan peluang keemasan anda untuk memasarkan affiliate anda. Anda hanya menghasilkan informasi percuma yang dicetak menggunakan pdf. Informasi yang bagus akan menjadi viral dari satu ke kepala yang lain. Umpama makan di restoran, kalau restoran menghidangkan masakan yang sedap, anda akan beritahu kepada orang lain bahawa restoran tersebut menghidangkan masakan yang sedap.
4. Pemasaran email
Sekali lagi saya membawa anda berkunjung ke blog usahawan yang berjaya. Blog mereka ada borang langganan informasi mereka. Ini bermakna apabila anda melanggan informasi mereka anda akan mendapat email tentang informasi berdasarkan niche dimana anda melanggan informasi. Dalam hal itu, seseorang itu mesti memiliki atau menyewa perkhidmatan autoresponder bagi membolehkan ia menghantar email dalam skala lead yang besar.
5. Rahsia Affiliate ?
Tidak ada rahsia besar dalam pemasaran affiliate. Ramai yang sudah tahu hal yang saya kemukakan tetapi sikap tamak membuatkan seseorang itu kehilangan komisyen. Autoresponder contohnya memerlukan kos tambahan yang perlu dikeluarkan setiap bulan. Oleh itu Kagagalan mendapat komisyen disebabkan teknik pemasaran dan promosi yang salah. Bagi mendapatkan informasi tambahan tentang pemasaran affiliate, dapatkan panduan-panduan tambahan pemasaran affiliate di http://lcp.trwv.net/lcp/myfran/rahsiaaffiliate/48041
Post a Comment