Di dalam artikel saya pada akhir tahun 2014 tahun lepas, saya ada berkongsi dengan anda mengenai pendapat pakar-pakar ekonomi Malaysia dan dunia yang kita akan berdepan dengan kegawatan ekonomi dunia tidak lama lagi. Ianya dijangka akan melanda seawal penghujung tahun 2015 atau selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2016. Sekiranya anda tidak sempat membaca artikel berkenaan, tersebut, anda boleh membacanya di sini: Persediaan Menghadapi Kegawatan Ekonomi

Sekiranya dilihat pada status ekonomi negara kita dan juga dunia pada masa ini, sudah pasti anda dapat melihat potensi kegawatan ekonomi sudah mula kelihatan dan terasa.

Harga minyak mentah di pasaran dunia semakin menurun dan ini telah menjejaskan pelbagai syarikat dan industri yang berkait rapat dengan minyak mentah dan gas. Dianggarkan sudah melebihi 100,000 orang di seluruh dunia yang dihentikan pekerjaan di sebabkan syarikat mereka sudah tidak mampu untuk terus membayar gaji mereka. Ini baru permulaan. Dianggarkan sebahagian besar pekerja akan mula diberhentikan pada tahun hadapan sekiranya tiada peningkatan pada harga minyak mentah dunia.

Ekonomi dunia juga semakin merundum daripada negara Greece sehingga negara-negara di Asia Tenggara. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejatuhan terbesar pasaran saham di negara China yang sebelum ini dilihat sebagai satu gergasi yang tidak mungkin jatuh di dalam ekonomi dunia. Kejatuhan ini telah memberikan impak kepada pasaran saham lain di seluruh negara asia termasuk Malaysia.

Di Malaysia, kita juga telah melihat nilai-nilai saham syarikat susut semenjak beberapa bulan kebelakangan ini. Semakin kurang individu yang ingin membuat pembelian rumah baru dan banyak projek-projek perumahan yang sehingga kini masih lagi tidak terjual keseluruhan unit yang telah mereka sediakan.

Pada masa saya menulis artikel ini, nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding nilai Dollar Amerika adalah RM4.31. Sebelum ini nilai Ringgit Malaysia pernah mencapai serendah RM4.27 berbanding satu Dollar Amerika. Sudah pasti nilai baru ini jauh lebih rendah berbanding nilai Ringgit Malaysia sebelum ini iaitu pada nilai RM3.6 berbanding 1 Dollar Amerika.

Sebagai seorang usahawan, saya pasti yang anda dapat merasai perubahan ekonomi ini dan mungkin ianya telah menjejaskan keuntungan bisnes internet anda. Mungkin anda mendapati bahawa semakin sukar untuk menjana jualan di dalam Malaysia kerana lebih ramai individu yang bertindak untuk menyimpan duit untuk masa kecemasan berbanding membuat pembelian barangan seperti sebelum masalah ekonomi melanda.

Sebenarnya kita boleh melihat situasi ekonomi pada masa kini dari 2 sudut berbeza iaitu sebagai satu masalah atau sebagai satu peluang. Ianya merupakan satu masalah sekiranya pasaran tumpuan anda hanya di dalam Malaysia. Ianya merupakan satu peluang sekiranya anda berfikir untuk mengubah fokus pasaran sasaran anda ke luar negara. Biar saya ulas dengan lebih lanjut...

Memang benar, pasaran Malaysia pada masa kini memang agak tidak stabil dan sukar untuk dijangka kerana terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ramai individu tidak ingin membelanjakan wang mereka untuk membeli produk atau perkhidmatan.

Pada masa yang sama, sekiranya dilihat dari segi penukaran wang Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika, sudah pasti setiap Dollar yang kita perolehi diluar negara akan dapat menjana keuntungan 4.17 kali ganda kepada kita berbanding 3.6 kali ganda pada tahun lepas.

Dalam pada itu, peluang menjana keuntungan memang besar sekiranya kita mengubah fokus kepada pasaran di luar negara berbanding di negara kita sendiri. Dengan hanya memberikan usaha yang sama untuk menjana pembelian USD1, kita sudah mendapat pulangan RM4. Jika keuntungan kita USD10, maka pulangan adalah RM40. Jika keuntungan USD100, pulangan adalah RM400 dan seterusnya. Wow! Ini memang satu peluang yang besar.

Perubahan fokus pemasaran inilah yang telah dilakukan oleh beberapa sahabat usahawan internet saya. Daripada meluangkan lebih banyak masa di pasaran Malaysia, mereka telah mengubah fokus masa mereka kepada pemasaran di luar negara. Hasilnya, mereka telah berjaya mengaut keuntungan yang lumayan sedangkan ramai usahawan internet yang hanya tertumpu di Malaysia menjana keuntungan yang lebih rendah.

Oleh itu, apa kata anda juga mula mengubah persepsi anda dan terus mengambil peluang daripada penukaran matawang yang sudah pasti menguntungkan kita ini.

Terdapat pelbagai perkara yang boleh anda lakukan untuk menjana keuntungan dalam USD. Di antaranya adalah:

1. Menjual barangan di eBay dan Amazon untuk luar negara seperti di US dan UK.

2. Menjadi affiliate untuk produk-produk luar negara seperti di portal ClickBank.com dan di JVZoo.com.

3. Menawarkan perkhidmatan anda di ruangan portal perkhidmatan seperti Fiverr.com atau Elance.com.

4. Melakukan pemasaran produk anda melalui Facebook dengan menyasarkan individu yang berada di luar negara seperti di US, UK dan Australia.

5. Memasarkan produk-produk yang terdapat di portal belih-belah online seperti di Amazon.com

... dan pelbagai peluang lain yang boleh anda fikirkan.

Apa yang penting di sini adalah anda melihat situasi ekonomi Malaysia pada masa kini sebagai satu peluang untuk anda menjana keuntungan yang lebih besar di luar negara. Asalkan anda berfikir secara kreatif dan tidak berputus asa, saya pasti yang kejayaan akan menjadi milik anda.



Oleh :  Jejakusahawaninternet.com

Post a Comment