Wednesday, April 25, 2018

// // Leave a Comment

Bagaimana Seorang Wanita Berjaya Menjana Keuntungan Sehingga RM15k Sebulan Dengan Hanya Menjual Tudung

Gambar : Utusan

Banyak pengalaman dan rahsia yang dikongsikan. Dari mula memilih pasaran hinggalah kepada senarai nama supplier yang digunakan.

Info lanjut berkenaan ebook ini boleh dilihat di www.BisnesTudung.com

Kisah ini mungkin boleh dijadikan panduan buat kita semua terutama yang masih mencari sumber pendapatan.

Kisah seorang mahasiswa yang kehilangan tempat bergantung ketika menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) menjadi pencetus semangat kepada Nur Azwani Saimi kini pemilik Momoiroscarves menjalankan perniagaan bagi menampung kos kehidupan.

Pada ketika itu, dia sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Dia menerima berita sedih ayahnya, Saimi Osman yang bekerja sebagai pengajar sekolah memandu meninggal dunia akibat sakit jantung.

Pemergian ayahnya menyebabkan beliau terfikir bagaimana mahu menampung kehidupan memandangkan ibu merupakan suri rumah. Oleh itu beliau menggunakan wang simpanannya sebanyak RM200 sebagai modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Mengambil keputusan menjual tudung, beliau mengambil tudung bawal di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur untuk dijual kepada rakan-rakan di politeknik sebagai cara mencari wang saku bagi menampung kos perbelanjaan. Walaupun beliau mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun ia hanya cukup untuk membayar yuran sahaja.

Keluarga tinggal di Rawang, beliau pula ketika itu melanjutkan pelajaran di Politeknik Seberang Perai. Pulang ke rumah pada waktu cuti dan mengambil stok tudung di Jalan TAR. Mulanya memang rasa penat namun, berbaloi kerana ramai yang menempah tudung.

“Pada masa itu, saya mampu memperoleh sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 kos bersih daripada penjualan tudung. Namun, ketika itu, usia masih muda sehingga saya terikut-ikut gaya remaja dan akhirnya duit jualan tudung lesap kerana berseronok bersama rakan-rakan,” katanya.

Selepas kejadian itu, Wani mula terfikir menjalankan perniagaan bagi mencari duit perbelanjaan.

Dipendekkan cerita, kini beliau bergelar seorang usahawan tudung dengan memiliki tudung jenama sendiri.

Sebagai kesimpulan, tudung mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan mampu dijadikan sebagai sumber pendapatan. Sama ada cepat atau tidak itu bergantung kepada ilmu seseorang dalam pemasaran. Selain mempunyai ilmu pemasaran, peniaga tudung perlu tahu lubuk mendapatkan tudung yang berkualiti pada harga murah. Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang peniaga tudung, dapatkan panduan yang betul cara menjana pendapatan dengan menjual tudung.

Raya tidak lama lagi, permintaan tudung juga pasti meningkat.

0 comments:

Post a Comment