Thursday, April 26, 2018

// // Leave a Comment

Pramugari ke bisnes tudung


ebook terbaru dipasaran merupakan ebook Penduan Bisnes Tudung  mendapat sambutan hangat dipasaran. Ebook kali ini adalah tentang kisah.. "Bagaimana Seorang Wanite Berjaya Menjana Keuntungan Sehingga RM15k Sebulan Dengan Hanya Menjual Tudung" Banyak pengalaman dan rahsia yang dikongsikan. Dari mula memilih pasaran hinggalah kepada senarai nama supplier yang digunakan. Info lanjut berkenaan ebook ini boleh dilihat di www.BisnesTudung.com

SETELAH hampir 23 tahun berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Shariani Hanum Muhd Isa, 41, kini beralih arah ke bidang perniagaan dalam talian.

Shariani ketika ditemui Sinar Harian, kelihatan teruja dengan kerjaya baharunya, apabila hasrat menceburi bidang keusahawanan semakin tercapai.

Katanya, walaupun berat hati sewaktu mengambil keputusan untuk berhenti kerja, namun itu tidak pernah melemahkan semangatnya.

Dengan perwatakan yang ceria dan peramah itu, Shariani tidak kekok melayan pelanggan, seakan sudah terbiasa dengan cara kerja lama sebagai seorang pramugari.

Ketika menceritakan pengalaman sebagai pembantu kru di MAB, Shariani menganggap kerjayanya itu banyak membantu dia mengenal sikap manusia, yang datang daripada pelbagai latar belakang, tidak kira warga tempatan atau luar negara.

“Semasa bekerja sebagai pramugari dulu, pelbagai kerenah manusia dapat dilihat, misalnya orang Jepun, mereka penuh dengan adab sopan dan tertib.

“Selain itu, kita juga dapat melancong ke serata dunia, dan melihat budaya serta masyarakat luar dengan lebih dekat,” katanya.

Menurut Shariani, sejak 1992 dia bekerja di MAB, pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan kejadian pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine.

Menceritakan detik itu, Shariani memberitahu dia rasa sangat bersyukur kerana tidak terlibat dalam penerbangan tersebut.

Katanya, seminggu sebelum kejadian MH17, dia mengambil keputusan untuk tidak mengikuti mana-mana penerbangan, dan hanya bertugas di ibu pejabat sahaja.

Kini, Shariani meneruskan hidupnya dengan kerjaya baharu sebagai seorang usahawan wanita yang bergiat aktif berniaga tudung jenama Naelofar Hijab dan Hijab Emma (Emma Maembong) dalam online, selain membuka gerai niaga di mana-mana ruang pameran seluruh Negeri Sembilan.

Katanya, walaupun kerjaya ini jauh menyimpang daripada cita-cita asalnya, namun dia gembira dengan kehidupan sekarang yang lebih dekat dengan keluarga. -Sinarharian

0 comments:

Post a Comment