Friday, September 14, 2018

// // Leave a Comment

Melombong bitcoin 2018

Bercakap tentang melombong bitcoin pasti sudah ramai yang mengetahuinya malah ada yang menjadi kaya dengan melombong bitcoin. Namun tidak kurang juga yang merana kerana tidak mendapat pulangan seperti yang diharapkan.

Dalam realiti melombong ia bukan seperti yang dibayangkan atau diperkatakan oleh mereka-mereka diluar sana. Ia bukan semudah seperti yang disangka tetapi tidaklah susah sangat. Melombong bitcoin boleh jadi untung dan boleh jadi rugi. Ia bergantung kepada dimana sesorang itu melombong dan kadangkala kebijaksanaan seseorang.

Melombong bitcoin ditempat yang sah dapat menyelamatkan seseorang daripada mengalami kerugian. Walaupun mendapat pulangan yang kecil tetapi sekurang-kurangnya pelaburan tidak hangus, tidak bersedih dan masih mampu tersenyum.

Di alam maya ini terdapat banyak laman web yang menawarkan industri melombong bitcoin. Tidak kurang yang menjanjikan pulangan yang sangat lumayan yang membuatkan seseorang berliur sehingga sanggup melabur beribu ringgit. Dalam janji lumayan ada risikonya.

Rakyat Malaysia pasti masih ingat laman web ethtrade yang tiba-tiba ghaib dan tentu ramai yang tertonggeng selepas itu. Ketika ramai yang tertonggeng tidak kurang juga yang mewah melabur di ethtrade. Ini yang saya katakan menggunakan kebijaksanaan melabur di tempat yang salah. Secara jujurnya saya mendapat sedikit keuntungan dengan melabur di ethtrade sebelum ia ghaib.

Ramai pelombong bitcoin seperti saya tidak serik. Dimana ada gula di situ ada semut sambil mengharapkan agar tidak termakan gula yang disembur racun. Walaupun rugi di ethtrade pemburu lombong bitcoin kini hangat pula memperkatakan crypto mining farm. Untung sabut timbul, kalau mahu melombong di sana gunakan kebijaksanaan.

Start Mining Bitcoin



Jika mahu benar-benar melombong bitcoin, hanya dua tempat yang boleh dipercayai iaitu di hashing24 dan genesis-mining. Kedua-dua syarikat ini mempunyai peralatan untuk melombong bitcoin dan mata wang digital lain. Namun pulangannya tidak menggiurkan seperti yang ditawarkan oleh beberapa pelombong lain. Orang bilang sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Tahun ini sudah masuk tahun ketiga saya melombong di hashing24. Saya gembira bersama hashing24 walaupun pulangan tidak lumayan.

Selamat melombong..

0 comments:

Post a Comment