Friday, September 21, 2018

// // Leave a Comment

Melombong bitcoin tanpa modal

Salam hormat dan terima kasih kerana berminat melombong bitcoin tanpa modal. Benar, kali ini saya kongsikan halaman dan cara melombong mata wang digital tanpa modal. Bukan melombong bitcoin sahaja tetapi kesemua jenis mata wang digital.

Setelah mendapatkan maklumat dan panduan daripada seorang sahabat, saya menyertai dan mula melombong tetapi belum mengeluarkan sebarang hasil kerana baru satu hari saya menyertainya. Baru sehari menyertai tetapi sudah berani kongsikan memang sangat mengarut tetapi saya berasa yakin setelah melihat pendapatan sahabat saya yang sudah di withdraw ke akaun ewallet bitcoinnya di Luno.

Bagi pemburu mata wang digital seperti bitcoin dan ethereum sudah tentu sudah biasa dengan web ini. Web yang saya maksudkan ialah Eobot Bitcoin Exchange. Eobot Bitcoin Exchange adalah web tempat melombong pelbagai jenis mata wang digital dan paling popular bitcoin dan ethereum.

Bagaimana melombong tanpa modal?

Pertama anda pergi ke web Eobot Bitcoin Exchange. Jika pernah membuka akaun dengan Eobot terus login. Jika belum pernah membuka akaun Eobot, buka akaun atau sign up kemudian lengkapkan borang simple yang disediakan. Pastikan menggunakan email yang sah kerana setiap kali anda login ke akaun 2FA security key akan dihantar ke email anda.


Setelah login atau buka akaun Eobot, pilih mata wang yang anda mahu kemudian klik di menu Products kemudian pilih Faucet untuk mendapatkan coin mata wang digital percuma. Anda akan dibawa ke halaman Faucet yang penuh dengan iklan. Satu tetingkap akan keluar yang meminta anda memasukan frasa yang terdapat dalam tetingkap tersebut. Masukan frasa yang betul kemudian klik butang Get Faucet Reward. Sebaik mengklik butang Get Faucet Reward anda akan diberitahu nilai coin yang anda dapat. Untuk makluman anda boleh reward coin percuma setiap 24 jam.


Kini anda sudah ada coin bitcoin atau bergantung kepada mata wang yang anda pilih. Saya anggap anda memilih bitcoin. Langkah seterusnya ialah melombong coin menggunakan modal percuma yang anda peroleh di Faucet. Pergi ke menu Account kemudian scrol ke bawah. Di bahagian bawah ada kotak biru kemudian pilih Exchange.
Seterusnya, di bahagian From pilih coin percuma yang anda peroleh iaitu bitcoin kemudian di bahagian To saya sarankan pilih Cloud Scrypt 24 Hour Rental.

Akhir sekali, balik semula ke Account. Di bahagian Mining pilih Diversify kemudian pilih coin yang anda hendak dilombong. Di sini saya tidak ada cadangan coin yang hendak dilombong sebab di sana ada terlalu banyak mata wang digital. Setelah anda memilih coin yang hendak dilombong klik save. Anda kini sudah mula melombong coin bitcoin tanpa modal.



Minat melombong bitcoin? Sila buka akaun Eobot secara percuma. Selamat melombong.

0 comments:

Post a Comment