Beli domain dan hosting

By Kitblogmas Sunday, April 26, 2020
Jika anda menjalankan perniagaan dalam talian walau sekecil manapun, elakkan menggunakan domain percuma seperti blogspot dan wordpress. Sebaik-baiknya beli domain dan hosting. Ada banyak kelebihan jika mempunyai domain dan hosting berbayar.

Berikut ini merupakan langkah-langkah membeli domain dan hosting.

1. Pilih domain dan hosting yang sesuai. Jika masih was-was sila baca review tentang hosting yang sesuai. Untuk ini saya rekomenkan Serverfreak sebagai hosting pilihan. Exabytes juga sangat cemerlang tetapi agak mahal.

2. Pergi ke laman web penyedia domain dan hosting kemudian cari nama domain mengikut pilihan anda di carian domain laman web hosting pilihan.

3. Apabila sudah mengenal pasti nama domain, pilih nama domain dan masukkan ke dalam bakul atau add to cart. Langkah seterusnya ialah menantukan pakej hosting yang anda perlukan. Jika projek anda besar memerlukan ruang yang banyak maka anda kena beli hosting yang besar contoh 50GB tapi saya sarankan ambil yang 10GB dahulu untuk permulaan.

4. Setelah menentukan pakej hosting, sahkan tempahan bagi sewaan hosting. Langkah seterusnya ialah melakukan pembayaran.

5. Setelah anda membuat pengesahan tempahan domain dan hosting, langkah seterusnya ialah pengesahan tempahan untuk checkout.

6. Tambah tools yang anda perlukan. Biasanya penyedia hosting akan buat tawaran tools yang penting tetapi jika tidak perlu boleh diabaikan.

7. Lengkapkan maklumat yang diperlukan oleh pihak penyedia hosting. Maklumat tidaklah susah sangat untuk isi. Antara yang diperlukan selain email ialah nombor contact dan alamat surat menyurat.

8. Buat pembayaran mengikut jumlah yang ditetapkan oleh penyedia domain dan hosting. Hubungi pihak penyedia domain dan hosting selepas melakukan pembayaran.

9. Tunggu dalam beberapa jam tapi biasanya kurang dari satu jam untuk konfigurasi domain dan hosting anda. Anda akan dihubungi oleh pihak penyedia domain dan hosting apabila domain dan hosting anda sudah sedia.

10. Apabila mendapat pengesahan daripada penyedia domain dan hosting, anda boleh install perisian yang yang mahu tapi saya cadangkan install wordpress.

Sekian.

Rahsiacyber

Rahsiacyber berusaha menyampaikan maklumat yang terbaik menjana pendapatan melalui program affiliate. Jangan lupa langgan kemaskini blog terus ke email anda.

No Comment to " Beli domain dan hosting "